Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terapi pasir jadikan padang pasir Xinjiang tarikan pelancong

Aug 21, 2024 | 2:19 PM
Terapi pasir adalah rawatan tradisional dalam kalangan orang Uighur.
Terapi pasir adalah rawatan tradisional dalam kalangan orang Uighur. - Foto PEXELS

URUMQI: Kuasa penyembuhan matahari dan pasir telah mengubah padang pasir yang luas di wilayah berautonomi Xinjiang Uighur menjadi destinasi pelancongan yang popular, memenuhi keperluan mereka yang percaya akan penawar semula jadi dan juga menggiatkan semula industri pelancongan tempatan.

Ramai pelawat rantau ini berpusu-pusu ke Turpan – bandar yang terletak kira-kira 180km di tenggara ibu kota wilayah Urumqi – di mana sebuah pusat kesihatan menawarkan pakej menyeluruh yang merangkumi penginapan dan terapi melibatkan pasir dan herba perubatan Cina.

Terapi pasir merupakan rawatan tradisional dalam kalangan orang Uighur.

Xinjiang mempunyai sejarah lama menggunakan sifat terapeutik pasir panas, digabungkan dengan rawatan lain, untuk menggalakkan peredaran darah, merawat penyakit reumatik dan meningkatkan mutu tidur, dan ia selalunya mencapai hasil yang luar biasa.

Di Pusat Kesihatan Terapi Pasir, yang terletak di zon pemandangan indah Padang Pasir Kumtag di daerah Shanshan di Turpan, tetamu ditawarkan pengalaman unik menanam bahagian badan mereka yang terjejas dalam pasir di bawah terik matahari, dengan suhu permukaan pasir mencecah sehingga 50 darjah Celsius.

Kakitangan dari Hospital Perubatan Uighur Daerah Shanshan, yang membina pusat kesihatan itu, menyapu minyak zaitun pada bahagian badan tetamu yang terjejas, menguji suhu pasir, menggali lubang yang sesuai dan membantu tetamu memulakan rawatan.

Payung pantai disediakan untuk perlindungan daripada matahari.

Gabungan cahaya matahari, haba kering, tekanan dan daya magnet sering digunakan untuk mengurangkan kesakitan daripada keadaan seperti arthritis rheumatoid dan spondylosis serviks. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg