PELAKON Tom Cruise dilaporkan telah belajar menerbangkan pesawat era Perang Dunia Kedua bernama Boeing-Stearman Model 75 demi menjayakan sebuah adegan dalam filem 'Mission: Impossible 8'.

Menurut laman Daily Mail, Cruise mulai berlatih menerbangkan pesawat yang mendapat jolokan The Widowmaker itu setelah selesai penggambaran filem 'Mission: Impossible 7'.