Premium
Terbawa perasaan sajian langsung lagu cinta Afgan
Jan 24, 2017 | 5:30 AM
SENTUH PERASAAN: Lagu mengharap cinta dan cinta yang tidak mampu dimiliki adalah antara persembahan Afgan (kiri) dalam album serta klip video Sides (Live Session) yang diilhamkan daripada kisah dan pengamatan peribadinya. - Foto TRINITY OPTIMA PRODUCTION -
MEMANG ramai sudah sedia maklum dengan pukauan suara romantis penyanyi 'papan atas' Indonesia, Afgan, tatkala menyanyikan pelbagai lagu cinta seperti Terima Kasih Cinta dan Bawalah Cintaku.
Dalam beberapa wawancara awal, penyanyi berkaca mata berusia 27 tahun ini, melahirkan hasrat merakam album dirinya menyanyi secara langsung diiringi band mahupun muzik akustik.

