Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Teroka masakan warisan, budaya kafe di Pesta Makanan S’pura

Festival timba ilmu masakan turut ketengah jenama halal Rumah Minang dan The Black Hole Group
Jul 07, 2023 | 04:53 PM



Apabila perut mula berkeroncong, anda pasti tahu ke mana patut jejakkan kaki pada bulan ini.

Kunjungi sahaja Pesta Makanan Singapura 2023 (SFF 2023) mulai 19 hingga 31 Julai ini di ruang Bayfront Event Space di 12A Bayfront Avenue. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-30 SFF.

Antara yang menarik kali ini adalah zon Jejak Makanan Singapura atau ‘SG Food Walk’ di mana makanan eksklusif pesta ini akan disajikan.

Ia termasuk hidangan Papachos, sejenis keropok India Utara; gorengan Veggie Baijji; serta gulungan mi udang yang disajikan syarikat pemilik rangkaian kafe halal, The Black Hole Group.


The Black Hole Group – yang mengendalikan kafe Afterwit, Tipo, ELA dan The Great Mischief – akan menyertai SFF buat kali pertama.

Antara jenama halal lain yang dinanti-nantikan dalam festival ini ialah Rumah Makan Minang, Kulon dan BRIYANI BY REMY.







Dalam pada itu, SFF 2023 akan mempamerkan budaya makanan Singapura yang akan membawa peserta bersama-sama menerokai masa lampau yang kaya dengan warisan dan cita rasa masa kini.

Ini adalah sebahagian daripada usaha menampilkan Singapura sebagai destinasi kulinari bertaraf dunia sambil menyokong pertumbuhan sektor makanan dan minuman (F&B) setempat.

“Tiada cara yang lebih baik untuk menggambarkan perjalanan SFF selama 30 tahun selain dengan menikmati sajian dan mengetengahkan pengalaman pameran masakan yang pelbagai dan sentiasa berkembang, yang diketengahkan bakat masakan kita yang bertaraf dunia.

“Kami sangat teruja mengundang pengunjung setempat dan antarabangsa untuk mengalami sendiri rangkaian kegiatan dalam festival pada Julai ini, daripada acara kegemaran ramai hingga segmen eksklusif festival yang diatur khas oleh gerai makan,” kata Pengarah Runcit Dan Makan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Guo Teyi.

Perayaan yang lebih besar dan baik tahun ini menawarkan zon seperti SG Food Walk, Food Cartel, Sweets Alley, Cafe Boulevard, SG Mama Shop dan Gourmet Market.


Food Cartel merupakan zon di mana anda boleh tinjau jualan ‘pop-up’ di samping sesi belajar bersama pakar atau ‘masterclass’ yang disediakan. Anda juga boleh menyaksikan cef kegemaran dan personaliti beraksi di sini.


Di Cafe Boulevard pula, sanjungan diberi buat budaya kafe Singapura yang pesat membangun serta cita rasa ramai terhadap kopi artisan setempat. Di sini, anda boleh menikmati kopi dan pastri terbaik hasil usaha anak Singapura.


Sweets Alley pula merupakan zon yang menyediakan manisan kuih tradisional dan pencuci mulut.


SG Mama Shop – hasil kerjasama wadah e-dagang, Food Culture Singapore, dan penyedia khidmat mesin layan diri, Easygo AI Vending Machine – menjual kudapan dan minuman yang menggabungkan jualan jenama snek baru dan lama.


Orang ramai boleh menyertai lawatan kulinari, bengkel dan sesi ‘masterclass’ yang dikendalikan The Black Hole Group pada 29 Julai.

Menerusi sesi ini, penggemar burger akan dibimbing untuk menghasilkan patti daging lembu buatan sendiri dengan perisa nyonya bersama roti brioche.


Dalam pada itu, restoran masakan Indonesia terkenal, Rumah Makan Minang, akan menampilkan hidangan Bako-Tori, The Padang Style Burrito dan tauhu telur dengan Som Tam Mangga di SFF.


Kulon, yang menawarkan makanan kegemaran ramai di Indonesia seperti bakmi, akan menyajikan Bakmi Hae Bee Hiam eksklusif dengan hidangan klasik mereka yang terdapat di kedai seperti Bakmi Komplit dan Bakmi Empal.


Beberapa hidangan lain yang dinanti-nantikan dari The Black Hole Group termasuk Papachos, Har Cheong Wings, Pollo Loco Taco, Prawn Mee Roll dan Pizza Fritta.


Bagi penggemar nasi beriani, BRIYANI BY REMY menawarkan pelbagai jenis nasi beriani dengan pilihan daging ayam, lembu, kambing dan udang. Setiap pembelian akan disertakan dengan pencuci mulut percuma seperti bubur caca, pulut hitam dan kacang hijau.

Pas masuk ke perkampungan pesta SFF berharga $8. Keterangan lanjut boleh diperolehi di laman www.singaporefoodfestival.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >