Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teroka sejarah di Muzium Negara, nikmati keindahan orkid di Gardens by the Bay

Aug 14, 2025 | 4:10 PM
singapore odyssea, natinal museum
Pameran Imersif ‘Singapore Odyssea’ mengajak pengunjung meneroka 700 tahun sejarah Singapura melalui cahaya, seni visual, diorama animasi dan elemen interaktif di Muzium Negara Singapura. - Foto NHB

Pameran Imersif

Mulai 8 Ogos, Muzium Negara Singapura mempersembahkan Singapore Odyssea, pengalaman imersif yang menggabungkan sejarah, teknologi dan penceritaan visual. 

Terletak di Shaw Foundation Glass Rotunda, pameran kekal ini membawa pengunjung meneroka 700 tahun sejarah Singapura melalui pancaran cahaya, seni visual, diorama animasi dan elemen interaktif. 

Dengan gelang tangan RFID, pengunjung ditemani “rakan ajaib” yang membimbing mereka melalui episod penting sejarah, mitos tempatan dan perubahan landskap maritim. 

Pameran ini turut mengetengahkan isu pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian.

Waktu masuk berdasarkan slot masa yang ditempah.

Tarikh: Bermula 8 Ogos 2025 (ditutup pada 15 Ogos untuk acara tertutup.)

Masa: 10 pagi hingga 6.30 petang (berdasarkan slot masa yang ditempah)

Tempat: Shaw Foundation Glass Rotunda, Aras 2, Muzium Negara Singapura

Bayaran: Percuma untuk warganegara Singapura, Penduduk Tetap dan kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah

Tempahan tiket boleh dibuat di sini.

PAMERAN ANGGERIK

‘Orchid Extravaganza 2025’ mempamerkan hiasan kreatif anggerik termasuk struktur ‘Supertree’ setinggi 6.5 meter di Flower Dome, Gardens by the Bay.
‘Orchid Extravaganza 2025’ mempamerkan hiasan kreatif anggerik termasuk struktur ‘Supertree’ setinggi 6.5 meter di Flower Dome, Gardens by the Bay. - Foto GARDENS BY THE BAY

Pameran Orchid Extravaganza kembali menghiasi Flower Dome dengan sentuhan kreatif yang meraikan warisan negara melalui bunga kebangsaan, anggerik.

Pengunjung dapat menyaksikan hiasan anggerik berbentuk ‘Supertree’ setinggi 6.5 meter dengan lebih 1,800 kuntum berwarna-warni, penghormatan kepada budaya Peranakan, serta paparan karya seni anggerik ikonik oleh penerima Pingat Budaya, Lee Hock Moh.

Turut dipamerkan ialah jenis anggerik terkenal seperti ‘Papilionanthe Miss Joaquim’ dan ‘Vanda Tan Chay Yan’.

Dengan tiket Flower Dome, nikmati masuk percuma ke Muzium Peranakan sehingga 31 Ogos 2025 (tertakluk pada terma).

Tarikh: 1 Ogos hingga 31 Ogos

Masa: 9 pagi hingga 9 malam

Tempat: Flower Dome, Gardens by the Bay

Bayaran: $12 (dewasa), $8 (warga emas/kanak-kanak). Harga berbeza untuk pakej Flower Dome & Cloud Forest

Imbas Pelayaran Tragik Titanic

‘Titanic: An Immersive Voyage – Through The Eyes Of The Passengers’ membawa pengunjung ‘menaiki’ Titanic melalui realiti maya (VR), unjuran tiga dimensi (3D) dan lebih 300 artifak asal, sambil mengimbas tragedi karamnya kapal mewah itu pada 1912.
‘Titanic: An Immersive Voyage – Through The Eyes Of The Passengers’ membawa pengunjung ‘menaiki’ Titanic melalui realiti maya (VR), unjuran tiga dimensi (3D) dan lebih 300 artifak asal, sambil mengimbas tragedi karamnya kapal mewah itu pada 1912. - Foto fail

Buat julung kalinya di Asia, pameran Titanic: An Immersive Voyage akan ‘berlabuh’ di Singapura, membawa pengunjung mengimbas perjalanan kapal persiaran mewah British yang karam pada 1912.

Menggabungkan teknologi realiti maya (VR), unjuran tiga dimensi (3D), animasi video dan pencahayaan dramatik, pameran ini membolehkan pengunjung ‘menaiki’ Titanic dari bilik kabin hingga dek kapal dan merasai detik-detik genting malam tragedi.

Lebih 300 artifak asal termasuk surat tulisan tangan penumpang turut dipamerkan, bersama panel khas yang memaparkan laporan pertama mengenai kejadian itu di akhbar tempatan pada 1912. 

Tiket VIP menawarkan pengalaman berjalan dalam VR ke tapak bangkai kapal di dasar Lautan Atlantik Utara.

Tarikh: Bermula 6 Ogos 2025 (hingga 2026)

Masa: Berdasarkan slot tiket

Tempat: Fever Exhibition Hall, Scotts Road

Bayaran:

Penduduk Singapura: $23.90–$32.90 (dewasa), $18.90–$25.90 (kanak-kanak).

Pelancong: $27.90–$36.90 (dewasa), $22.90–$29.90 (kanak-kanak).

Kanak-kanak bawah empat tahun masuk percuma.

Kunjungi laman ini untuk membuat tempahan tiket.

Galeri alam semula jadi di Sentosa

‘Sentosa Nature Discovery’ menampilkan galeri alam semula jadi interaktif yang memperkenalkan lapan habitat unik Sentosa, pameran geologi, serta aktiviti khas pemuliharaan flora dan fauna tempatan di ‘Imbiah Lookout’.
‘Sentosa Nature Discovery’ menampilkan galeri alam semula jadi interaktif yang memperkenalkan lapan habitat unik Sentosa, pameran geologi, serta aktiviti khas pemuliharaan flora dan fauna tempatan di ‘Imbiah Lookout’. - Foto SENTOSA

Teroka Sentosa di galeri alam semula jadi yang telah dinaik taraf ini, menampilkan pameran interaktif, spesimen sebenar dan sudut pandang yang menarik.

Pengunjung dapat mengenali lapan habitat unik di pulau ini serta usaha pemuliharaan untuk melindungi flora dan fauna tempatan. 

Antara tarikan termasuk Pameran ‘Swiftlet Bunker’ yang meniru ‘Bunker Imbiah’ sebagai habitat burung ‘swiftlet’, ‘Discovery Room’ iaitu ruang membaca dan kegiatan masyarakat serta Galeri Geologi yang memaparkan sampel batuan, fosil dan pameran interaktif mengenai pembentukan pulau. 

Tarikh: Dibuka setiap hari. Kegiatan terpilih pada tarikh tertentu

Kunjungi laman ini untuk mendapatkan maklumat waktu aktiviti.

Masa: 9 pagi hingga 5 petang (waktu masuk terakhir 4.45 petang)

Tempat: Imbiah Lookout, Sentosa

Bayaran: Masuk percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg