Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerpegun lihat permaidani ajaib Aladdin terbang tinggi di pentas Teater Sands
Aug 31, 2019 | 5:30 AM
Terpegun lihat permaidani ajaib Aladdin terbang tinggi di pentas Teater Sands
TERPEGUN seketika Cik Siti Aidah Abdul Kalil tatkala melihat permaidani ajaib Aladdin yang ditemani Puteri Jasmine terbang tinggi di pentas Teater Sands di Marina Bay Sands.
Itulah kali pertama eksekutif pentadbiran di Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan anaknya, Cik Aryna Dayanna Jumari, 21 tahun, dan Cik Aryna Khalishah, 19 tahun, menonton muzikal Broadway yang dibawakan Base Entertainment itu.