Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tersinggung dengan komen menghiris hati

Jun 21, 2018 | 5:30 AM
TETAP SAYANGKAN ISTERI: Walau apa pun komen 'netizen' tentang wajah isterinya yang dikatakan tidak sepadan dengannya, Izzue Islam tetap menyayangi dan menghargai isterinya, Awin Nurin. - Foto INSTAGRAM IZZUE ISLAM
TETAP SAYANGKAN ISTERI: Walau apa pun komen 'netizen' tentang wajah isterinya yang dikatakan tidak sepadan dengannya, Izzue Islam tetap menyayangi dan menghargai isterinya, Awin Nurin. - Foto INSTAGRAM IZZUE ISLAM -

DALAM keceriaan menyambut Lebaran, kelantangan masyarakat siber atau 'netizen' melontarkan komen sewenang-wenangnya menerusi media sosial menyinggung perasaan pelakon dan penyanyi Izzue Islam.

Izzue yang nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28 tahun, memuatnaikkan kata-kata berbaur sindiran di dalam keratan klip Instagram Storiesnya kerana tidak tahan dengan sikap 'netizen' yang menghina wajah isterinya yang dikatakan tidak sepadan dengannya.

"Kalau memang isteri saya tak cantik, apa masalah anda? Dia tak kacau hidup anda pun," luah Izzue kepada akhbar Harian Metro.

Menurutnya, sepanjang lima tahun berumah tangga dengan Nurinafilah Waharudin yang mesra dengan panggilan Awin Nurin, beliau kerap menerima kata-kata negatif orang ramai yang tidak dikenali.

"Walau apa mereka nak kata, ia tidak mengurangi rasa kasih dan sayang saya terhadap isteri.

"Susah nak suruh mereka berhenti memberi komen tetapi apa salahnya hormat bulan Syawal? Kalau memang dalam diri sukar nak berhenti daripada sikap suka menghina, buat bulan lain. Namun, sebaiknya buang sikap hitam ini.

"Bagi saya, ia terlalu negatif. Saya dan isteri bersabar saja. Kalau tegur cara kasar, nanti mereka kata saya tak ada adab dan tak boleh terima hakikat. Sebaliknya, mereka pijak kepala kami pula," katanya.

Ragam orang di bulan mulia ini juga turut menyinggung perasaan pelakon jelita, Siti Elizad Sharifuddin, 34 tahun.

Elizad yang mesra dengan panggilan Ejad begitu berang dengan tindakan segelintir tetamu yang ditemui di musim Lebaran kerana sering bertanya tentang perihal cahaya mata kepadanya.

Beliau yang lama mengimpikan cahaya mata tetapi belum rezeki menganggap soalan itu sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaannya.

Menerusi keratan klip Instagram Stories dan luahan hati di Twitter, Ejad menulis:

"Soalan di Hari Raya, bila nak ada anak? Tak ikhtiar ke? Aku ni manusia biasa. Jadi tiada jawapan untuk semua itu."

Elizad yang mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46 tahun, pada 11 Januari 2015, juga berpesan:

"Tolong jangan pegang perut aku! Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak tahu bergurau, lebih baik diam.

"Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg