Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tetap berbaloi jika tidak dapat tawan Kinabalu...

Jul 17, 2024 | 7:49 PM
Gunung Kinabalu
Pada 13 dan 15 Julai, Taman Sabah menutup puncak Gunung Kinabalu disebabkan angin kencang dan hujan lebat. Sebilangan pendaki kecewa dan mempersoalkan sama ada duit yang dibelanjakan untuk mendaki gunung itu berbaloi. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Pendaki tidak sepatutnya berasa wang yang dibelanjakan tidak berbaloi sekiranya mereka gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan cuaca buruk, kata Pengarah Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim.

Ini kerana di samping keselamatan mereka diutamakan, pendaki sebenarnya telah dapat menikmati pemandangan dan pengalaman apabila mula perjalanan mereka dari pintu masuk ke gunung itu di Timpohon, ujarnya.

“Anda bayar untuk pemandangan, pengembaraan dan pendakian itu dan ditemani jurupandu gunung yang dilatih. Anda sampai Laban Rata dan menikmati pengalaman seluruhnya,” kata beliau apabila dihubungi pada 17 Julai.

“Pendaki juga elak bencana atau kemalangan apabila diberitahu bahawa puncak telah ditutup disebabkan cuaca buruk,” tambahnya, lapor The Star.

Dr Maklarin berkata pendaki tidak sepatutnya berasa mereka kehilangan wang atau membuang duit hanya kerana mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak.

Menurutnya, tidak ada perkara lain yang mengatasi keselamatan dan semua orang patut mengutamakan nyawa dan kesihatan mereka sebelum menjalankan sembarang kegiatan.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada permintaan dan saranan daripada sebilangan orang yang meminta Taman Sabah mengembalikan sebahagian wang kepada pendaki yang terpaksa menggugurkan rancangan mendaki mereka ke puncak Gunung Kinabalu akibat cuaca buruk.

Pada 13 dan 15 Julai, Taman Sabah menutup puncak gunung itu disebabkan angin kencang dan hujan lebat pada awal pagi, tidak lama sebelum pendaki sepatutnya memulakan pendakian mereka.

Itu menyebabkan sebilangan pendaki kecewa dan mempersoalkan sama ada duit yang dibelanjakan mereka berbaloi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg