Apabila ‘rapper’ Amerika yang berjaya lagi berpengaruh serata dunia, Tupac Shakur, meninggal dunia semuda usia 25 tahun pada 13 September 1996, Joe Flizzow diberi amanah besar oleh editor meja hiburan New Straits Times (NST) ketika itu, untuk menulis rencana belasungkawa bagi menyingkap impak sumbangan dan perjalanan seninya.

Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, yang baru berusia 16 tahun dan merupakan wartawan pelajar bagi akhbar belia NST, Youthquake, menyahut cabaran berkenaan yang tidak luput daripada ingatan.