Premium
Tiga band 'indie' SG gegar pesta serantau
'TAPAUfest' gabung band dan artis solo S'pura, Indonesia, M'sia secara dalam talian
Oct 27, 2021 | 5:30 AM
KERINDUAN pada pesta muzik 'indie' serantau yang memaparkan band mahupun artis solo yang hebat menghibur secara 'live' di pentas begitu dirasakan pengamat muzik yang terbiasa mengembara sambil menikmati sajian irama mempesona.
Namun, dek pandemik Covid-19 tahun lalu yang membawa bersamanya dugaan dan cabaran, banyak kerja seni termasuk pesta muzik sebegini tergendala.

