Tiga sahabat bangkit 'Jiwa Ramadhan' bersama seniman Khair Yasin
NIAT di hati pemuzik tempatan Luqman Hakim Hassan ialah menyatukan tiga rakan daripada kumpulan Lookman & Frenz yang semuanya siswa asal Singapura yang lulus daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sedang salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Muhammad tidak dapat dijejak, Luqman bersyukur dapat melibatkan dua rakannya Amir Mansor dan Sufi Jamalludin dalam projek lagu Jiwa Ramadhan yang turut dijayakan penggiat seni mapan Khair Yasin daripada kumpulan Rausyanfikir.