Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘TikTokers’ bukan satu pekerjaan, tak jamin pendapatan stabil: Dr Malar

Sep 27, 2023 | 05:31 AM



Kefasihannya berbahasa Melayu ketika menerangkan aspek-aspek kesihatan dan perubatan menerusi klip yang disiarkan di aplikasi TikTok, Instragram dan Facebook dengan tajuk “Celoteh Dr Malar”, menarik perhatian masyarakat Melayu termasuk di Singapura.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan kekaguman mereka dan memuji penguasaan bahasa Melayu Dr Malar Santhi Santherasegapan lebih baik daripada kebanyakan orang Melayu biasa di sini.

Dalam satu siaran terbarunya di Facebook, Dr Malar berkata menjadi ‘TikTokers’ bukanlah satu pekerjaan yang boleh menjamin pulangan yang stabil dalam kehidupan, justeru beliau menasihati golongan muda agar jangan terlalu teruja untuk menjadi pengisi kandungan di media sosial secara sepenuh masa.

“Menjadi ‘TikToker’ bukannya satu pekerjaan. Yang meniaga di TikTok adalah usahawan macam Khairulaming, itu bukan ‘TikTokers’ namanya, mereka adalah ahli perniagaan.

“Yang meniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana jualan. Yang bekerja, boleh gunakan platform sebegini untuk ‘side income’.

“Tapi kalau nak hidup dengan menjadi ‘TikTokers’ sepenuh masa, hidup anda akan dipenuhi dengan ketidakstabilan,” kongsinya dalam siaran terbaru ‘Celoteh Dr Malar’.

Dr Malar adalah seorang doktor perubatan dan pempengaruh media sosial, telah dianugerahkan Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan berprestij pada sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Mei 2023. Bertugas di unit kecemasan di Hospital Asia Columbia di Cheras, Selangor, ibu dua anak itu mendapat anugerah itu atas sokongan media sosialnya, di mana beliau banyak berkongsi maklumat. Ketika pandemik melanda, beliau banyak memberi penjelasan tentang pandemik Covid-19, vaksinasi dan isu berkaitan kesihatan yang lain.

Katanya, pempengaruh mempunyai pendapatan yang tidak menentu, malah ada yang mengharapkan pulangan dengan membuat pelbagai ‘reviu’, namun hasil yang dinanti tidak berkunjung tiba.







“Sekejap ‘income’ tinggi, sekejap langsung tidak ada pendapatan berbulan-bulan. Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan pempengaruh adalah kehidupan terkapai-kapai sebab banyak pihak akan mintak ‘reviu free’, pergi fashion ‘show for free’, jadi model percuma, buat ‘content free’ dan macam-macam lagi.

“Nampak macam mereka hidup mewah dan gembira, tapi hakikatnya mereka sendiri penat sebab asyik bagi ‘free review’, yang berbayar tak datang jua. Dia macam tunggu bulan jatuh ke riba jugalah,” katanya.

Beliau juga berkongsi pengalamannya ketika diundang memberi ceramah kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, di mana ramai pelajar menyatakan cita-citanya untuk menjadi seorang pempengaruh media sosial.

“Saya bertanya adik-adik Tingkatan Tiga. Siapa nak jadi doktor? Adalah dalam lima, enam orang angkat tangan.

“Siapa nak jadi jurutera? Dalam dua, tiga orang angkat tangan. Siapa nak jadi cikgu? Dalam empat, lima orang angkat tangan.

“Saya rasa pelik sangat sebab jumlah pelajar adalah lebih kurang 200 orang. Jadi dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya, korang ni semua nak jadik apa?.

“Masing-masing menjeritkan sesuatu dan saya tak berapa dengar apa mereka sebutkan.. tapi saya macam dapat tangkap beberapa perkataan. Maka, saya tanya, siapa nak jadi TikToker?


“Suku dewan tu angkat tangan, terutamanya murid perempuan yang duduk di belakang. Siapa nak jadi YouTuber? Lagi suku dewan angkat tangan, kali ini lelaki majoriti.


“Saya tergamam sekejap! Dengan itu, saya menjawab kepada adik-adik itu dengan muka penuh garang, menjadi TikToker bukannya satu pekerjaan,” katanya.


Justeru, Dr Malar turut menasihatkan pelajar mencari ilmu dan pekerjaan yang menjamin pendapatan stabil.

“Nak meniaga boleh... tapi Maths (Matematik) kena power. Marketing (pemasaran) kena power. Comunications Skills kena power,” katanya.


Paling penting menurutnya, berniaga perlu bersedia berdepan dengan kerugian dan jika tidak mampu jangan berniaga, sebaiknya kerja makan gaji.

“Jadi kepada adik-adik di bangku sekolah, fahami betul-betul apa yang Kak Malar nak cakap ni..

“Kejar dan timba ilmu sebanyak mungkin, dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan stabil dan kumpul duit banyak, selepas itu berniaga secara bermaruah,” katanya sambil menegaskan jadilah anak generasi bijak, berilmu dan berdaya saing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >