Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tolong jangan ‘fomo’, apa itu ‘woke’?

Jun 4, 2024 | 5:30 AM
FAHAMI LINGO SEKARANG: Dalam ruangan GenKini Berita Harian, Tio dan Tia membantu orang ramai untuk memahami lingo anak muda sekarang. 
FAHAMI LINGO SEKARANG: Dalam ruangan GenKini Berita Harian, Tio dan Tia membantu orang ramai untuk memahami lingo anak muda sekarang.  - Grafik BH oleh IFFAH QISTINA

Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.

Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘fomo’ dan ‘woke’.

Perkataan: [fo-mo]; kata kerja

Contoh: “Aku fomo tak ikut pergi konsert dengan yang lain...”

Perkataan ‘fomo’ adalah singkaktan ‘Fear of Missing Out’.

Dalam era digital hari ini, penggunaan fomo adalah lazim terutamanya dalam kalangan generasi muda. Istilah tersebut digunakan untuk menggambarkan apabila seseorang itu ketakutan berasa ketinggalan kerana tidak turut serta dalam satu aktiviti tertentu.

Perkataan: [wok]; kata kerja

Contoh: “Beliau orangnya sangat woke. Beliau seringkali membahaskan tentang isu-isu masyarakat yang terpinggir.”

Pada asalnya, ‘woke’ membawa erti bagun dari tidur. Namun, pada zaman kini, ia ditakrifkan semula sebagai “sedar dan aktif memberi perhatian kepada fakta dan isu penting terutamanya isu keadilan dan sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg