Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tonton tarian zapin di WGS, teroka budaya Melayu di Marsiling

Aug 29, 2024 | 3:03 PM
Kumpulan tarian Singapura, Kirana Seni, antara yang bakal membuat persembahan di acara ‘JoZaFest’.
Kumpulan tarian Singapura, Kirana Seni, antara yang bakal membuat persembahan di acara ‘JoZaFest’. - Foto INSTAGRAM KIRANA SENI
Nikmati persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Indonesia dan Malaysia di acara, ‘JoZaFest’, di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 31 Ogos.
Nikmati persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Indonesia dan Malaysia di acara, ‘JoZaFest’, di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 31 Ogos. - Foto WGS

Acara tarian zapin di WGS, ‘JoZaFest’

Ingin hayati keindahan tarian tradisional Melayu bersama penari dan penyanyi berbakat antarabangsa?

Usah lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan tarian zapin di acara, JoZaFest, di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 31 Ogos.

Saksikan persembahan hebat daripada kumpulan penari terkemuka Indonesia dan Malaysia, termasuk Sanggar Budaya Sri Pengkalan Production dan Pelangi Budaya Studio Kabupaten Karimun, serta persembahan memukau daripada bakat tempatan seperti, Dian Dancers dan banyak lagi.

Penyanyi Indonesia, Alfin Habib, juga akan turut memeriahkan acara bersama penyanyi Singapura seperti Elfee Ismail dan penyanyi lain.

Tarikh: 31 Ogos

Masa: 8 malam hingga 9.30 malam

Tempat: Persada Budaya di Tingkat 1, Wisma Geylang Serai (WGS)

Masuk percuma

Pesta Malam S’pura 2024: Pameran ‘Scents of Being’

Nikmati pengalaman deria yang cukup unik dengan pameran Aesop, ‘Scents of Being’ di Pusat Reka Bentuk Nasional sempena Pesta Malam Singapura (SNF) 2024.
Nikmati pengalaman deria yang cukup unik dengan pameran Aesop, ‘Scents of Being’ di Pusat Reka Bentuk Nasional sempena Pesta Malam Singapura (SNF) 2024. - Foto ST

Alami dunia koleksi wangian jenama Aesop dalam pameran, Scents of Being, di Pusat Reka Bentuk Nasional (NDC) sempena acara Pesta Malam Singapura (SNF) 2024.

Pameran yang direka menyerupai suasana hutan buluh yang tenang, membolehkan pengunjung meneroka bagaimana deria bau manusia berkait rapat dengan jati diri masing-masing.

Di antara wangian Aesop yang dipamerkan, pengunjung turut berpeluang untuk menghidu wangian terkini dalam koleksi tersebut.

Ketahui bagaimana setiap bau mempunyai kisah tersendiri di pameran tersebut yang berlangsung hingga 7 September.

Tarikh: 23 Ogos hingga 7 September

Masa: 7.30 malam hingga 9 malam (Ahad hingga Khamis)

7.30 malam hingga 12 pagi (Jumaat hingga Sabtu)

Tempat: Pusat Reka Bentuk Nasional (NDC)

Masuk percuma

Pesta Malam S’pura 2024: Pameran ‘Re:Play AT SG’

Pengunjung boleh bermain dengan permainan tradisional kanak-kanak di pameran, ‘Timeless Fun Through Childhood Games’, sebahagian daripada acara ‘Re:Play AT SG’ di Arkib Negara (NAS) pada 23 Ogos hingga 7 September.
Pengunjung boleh bermain dengan permainan tradisional kanak-kanak di pameran, ‘Timeless Fun Through Childhood Games’, sebahagian daripada acara ‘Re:Play AT SG’ di Arkib Negara (NAS) pada 23 Ogos hingga 7 September. - Foto NAS

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) mengajak pengunjung menghidupkan kembali dan membayangkan semula warisan Singapura yang kaya melalui pameran terbarunya, Re:Play AT SG, yang berlangsung sempena SNF 2024.

Bertema, ‘Art of Play’, pameran itu bertujuan meraikan kisah Singapura melalui pelbagai persembahan, pameran seni, dan program di kawasan Bras Basah dan Bugis.

Kunjungi Arkib Negara (NAS) dan Bangunan Perpustakaan Negara untuk menikmati pelbagai persembahan seni, termasuk pementasan wayang kulit oleh Ramayana & Superheroes sempena acara tersebut.

Tarikh: 23 Ogos hingga 7 September

Tempat: Serata kawasan Bras Basah dan Bugis

Untuk maklumat lanjut tentang acara, ayuh ke pautan ini: go.gov.sg/atsg2024

Bulan Bahasa @ Marsiling

Saksikan persembahan dikir barat dan di Bulan Bahasa @ Marsiling 2024 pada 31 Ogos.
Saksikan persembahan dikir barat dan di Bulan Bahasa @ Marsiling 2024 pada 31 Ogos. - Foto FACEBOOK MARSILING CC

Sempena Pesta PAssionArts di Marsiling, Bulan Bahasa kembali pada 2024 dengan menampilkan keunikan budaya Melayu melalui beberapa persembahan dan pameran yang meriah.

Melalui program dua bahagian yang berlangsung siang dan malam, anda boleh menyertai permainan tradisional, alat muzik, seni budaya, serta menikmati persembahan lagu dan tarian Melayu seisi keluarga.

Daripada pameran batik dan songket hingga persembahan dikir barat, pelbagai kegiatan menarik sedia menanti anda!

Tarikh: 31 Ogos

Masa: 10.30 pagi hingga 2.30 petang (Program siang hari),

7.30 malam hingga 10.30 malam (Program waktu malam)

Tempat: Pusat Sivik Woodlands (Program siang hari),

Dewan utama di Kelab Masyarakat Marsiling (Program malam)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg