Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Trend 'blackfishing': Selebriti kulit putih kian tiru gaya artis kulit hitam

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



DALAM dunia perfileman suatu ketika dahulu, wujud kekata 'blackface' bagi menggambarkan situasi di mana pelakon kulit putih dipalit hitam wajahnya untuk membawa watak kulit hitam.



Kini, dalam dunia muzik timbul pula kekata baru yang tular, 'blackfishing' bagi menggambarkan kelakuan penghibur kulit putih yang meniru gaya atau penampilan penghibur kulit hitam.



Laman CNN menyifatkannya bukan satu pujian buat si penghibur tetapi lebih berunsur kecaman.



Misalnya, bintang 'rap' Australia, Iggy Azalea, 31 tahun, bagaikan sengaja memancing kritikan apabila tampil dengan gaya dan dandanan persis penyanyi kulit hitam dalam video muzik 'I Am The Strip Club'.



Kekata 'blackfishing' ini mula digunakan dua tahun lalu, apabila wartawan Wanna Thompson mendapati kian ramai selebriti dan pempengaruh kulit putih yang mula mengenakan pakaian atau tiru gaya wanita kulit hitam di media sosial.



"Blackfishing adalah situasi di mana tokoh dan pempengaruh kulit putih menggunakan kuasa mereka untuk tampil hitam.



"Sama ada mereka menggelapkan kulit mereka secara keterlaluan dengan berjemur di tengah panas dalam usaha mencapai ketaksaan kaum atau menggayakan stail rambut dan trend pakaian yang diperkenalkan wanita kulit hitam.



"Keadaan ini persis budaya 'blackface' dan mewujudkan paradoks berbahaya dengan meraikan kecantikan orang kulit hitam dan estetika mereka tetapi hanya dipaparkan selebriti kulit putih.



"Daripada setakat memerhatikan budaya ini dari pinggiran sahaja, terdapat semacam keinginan untuk memilikinya, melibatkan diri dalam kegiatan sebegini tanpa ingin merasakan sepenuhnya jiwa seorang wanita kulit hitam dan diskriminasi yang datang bersamanya," tambah Thompson.



Beberapa selebriti berikut dikecam teruk kerana dikatakan terjebak dalam blackfishing.



Azalea nampaknya terkena bahang blackfishing, sesuatu yang tidak pernah dialami sejak memasuki industri muzik 10 tahun lalu.



Jika kebiasaannya rambutnya perang, dia akan menggunakan rambut palsu gelap dengan kulitnya nampak lebih gelap daripada biasa meskipun dia menafikannya.



"Saya masih mengekalkan warna kulit saya seperti biasa. Saya cuma berada dalam bilik yang kurang cahaya dengan pancaran lampu merah yang kelam," ujarnya kepada CNN.



Penyanyi kegemaran ramai, Ariana Grande, 28 tahun, tersepit dalam masalah serupa apabila dia tampil dalam kulit majalah Vogue, dua tahun lalu, dengan warna kulit yang gelap.



Bekas tunangnya, Pete Davidson, dalam satu program khas Netflix, menyifatkan Grande sebagai teruja untuk jadi wanita kulit hitam.



Selorohnya: "Ariana memang sembur kulitnya dengan bahan yang boleh menggelapkan kulit."



Dikatakan Grande mempunyai pendandan semburan khas, Kristyn Pradas, yang membantunya mendapatkan warna kulit lebih gelap persis berjemur di bawah mentari.



Penyanyi kacukan Italy-Amerika ini dikatakan kerapkali bertukar imej dalam video muziknya agar identitinya tidak dilabel dengan satu kaum sahaja.



Penyanyi dan penggubah lagu Britain, Rita Ora, 30 tahun, yang berketurunan Albania dan berasal dari Kosovo cuba menjelaskan kepada ramai tentang warisannya - sebab gayanya seperti wanita kulit hitam.



Dalam satu wawancara dalam program sembang Wendy Williams Show, dia berkata:



"Orang semua ingatkan saya penyanyi kulit hitam tetapi bukan. Memandangkan ramai menyangka begitu, lebih baik saya teruskan sahaja jadi wanita kulit hitam."



Thompson menyifatkan trend 'blackfishing' ini sebagai mewujudkan peluang pemasaran buat artis kulit putih yang ingin tampil eksotik dan bergaya.



Profesor Pengajian Asia Amerika di Universiti Wisconsin, Leslie Bow, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu penyamaran kaum di mana hanya mereka yang berkedudukan (selebriti kulit putih) sahaja mampu mengetengahkan sesuatu budaya (dalam hal ini budaya selebriti kulit hitam) sebagai positif dan bernilai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >