Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon, usahawan, pelajar undang-undang... Intan Najuwa contoh wanita unggul

May 11, 2023 | 05:30 AM



KECANTIKAN serta kecerdikan.



Itulah yang dikaitkan dengan pelakon terkenal Malaysia, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26 tahun, yang telah menceburi industri hiburan dengan bakatnya yang luar biasa.



Namun, pencapaiannya tidak terhad pada bidang lakonan.



Intan Najuwa adalah contoh unggul seorang wanita yang bukan sahaja anggun malah juga bijak, berbakat dan juga seorang usahawan.



Meskipun mencapai kejayaan dalam kerjaya lakonan, ia tidak menghambat keinginannya untuk menamatkan sarjana mudanya dalam bidang undang-undang.



Di sebalik kejayaan dalam bidang lakonan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu tetap bersemangat mahu menamatkan pendidikan.



"Walaupun Intan gembira berlakon dan kendalikan perniagaan sendiri, saya belum lagi ada perancangan untuk menjadi peguam.



"Tetapi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Dengan ijazah undang-undang yang saya ada, ia boleh jadi pilihan alternatif pada masa hadapan," ujar anak kedua tiga adik beradik perempuan itu kepada Berita Harian baru-baru ini.



Beliau percaya bahawa pendidikan penting untuk mencapai kejayaan menyeluruh dalam kehidupan.



Oleh itu, walaupun sibuk dan tidak mempunyai masa, beliau tekad melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang, yang dijangka selesai dalam masa dua tahun lagi.



Dedikasi Intan terhadap pendidikan merupakan bukti kepada perwatakan dan etika kerja beliau yang kuat.



Dalam pada itu, Intan juga seorang usahawan yang mempunyai perniagaan tersendiri, Dico Store, yang menjual barangan kecantikan dan kosmetik.



Di sebalik kejayaan perniagaannya, dan didorong oleh minat minum kopi ais latte, Intan juga akan membuka kafe di Petaling Street, menjual kopi dan pastri selepas Hari Raya nanti.



Intan telah menggabungkan kerjaya lakonan dengan pengajian dan perniagaan, yang tidak mudah dicapai orang ramai.



Namun, beliau tetap tabah dan kini berada di ambang mencapai matlamatnya itu.



Meskipun kejayaan Intan amat mengagumkan, beliau berkongsi bahawa perjalanannya tidak mudah.



Beliau juga seperti lain, harus bekerja keras untuk sampai ke tahap kejayaannya hari ini.



"Selama lapan tahun menceburi bidang hiburan, ini satu perkara yang tidak mudah. Jiwa dan semangat mempelajari proses untuk menjadi pelakon yang lebih baik, harus sangat kental.



"Kita harus terbuka kepada kritikan orang lain dan juga tak boleh terlalu terjejas dengan apa yang dikatakan netizen," ujar pelakon drama rantaian Jesnita itu.



Berkongsi mengenai projek lakonan seterusnya, Intan berkata beliau kini sedang menjayakan watak utama dalam drama siri psiko-ngeri yang akan datang.



"Saya baca skrip banyak adegan yang berat dan buat rasa takut sikit. Ada adegan yang ke hutan, adegan menangis dan banyak lagi. Ghairah dan takut juga," ujar Intan dengan tawa kecil.



Ditanya apakah matlamat seterus Intan, beliau menjawab:



"Sejauh ini saya tidak ada apa-apa bidang baru yang ingin saya cuba atau ceburi. Tetapi saya ingin kekal relevan dalam industri hiburan.



"Oleh itu, teruskan berlakon dengan keupayaan semampu mungkin, terima tawaran lakonan yang memaparkan pelbagai ciri watak supaya dapat mengasah kemahiran lakonan dan pada masa yang sama, menunjukkan bahawa saya ini dapat menyesuaikan diri.



"Selain itu, sambung berniaga, jadi orang lain juga kenali saya bukan sahaja sebagai seorang pelakon, namun seorang usahawan juga."



Bakat dan dedikasi beliau kepada karyanya telah mendapat banyak sokongan oleh orang ramai. Beliau sudah menjadi sebutan ramai di Malaysia dan disenangi peminat kerana persembahan dan juga personaliti yang mengagumkan.




"Oleh itu, teruskan berlakon dengan keupayaan semampu mungkin, terima tawaran lakonan yang memaparkan pelbagai ciri watak supaya dapat mengasah kemahiran lakonan dan pada masa yang sama, menunjukkan bahawa saya ini dapat menyesuaikan diri.

Selain itu, sambung berniaga, jadi orang lain juga kenali saya bukan sahaja sebagai seorang pelakon, namun seorang usahawan juga."

- Intan Najuwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >