Tumbuk, adang dan sepak... seronoknya dapat legakan tekanan
Premium
Tumbuk, adang dan sepak... seronoknya dapat legakan tekanan
Oct 10, 2020 | 5:30 AM
BAK SRIKANDI: Koresponden Shahida Sarhid (kanan) bersama pelatih, Cik Rose daripada Kali Majapahit bergambar dengan batang kayu yang diperbuat daripada rotan selepas sesi latihan. - Foto BH -
TIDAK pernah seumur hidup saya terfikir mahu mencuba seni mempertahan diri, apatah lagi apabila seni itu melibatkan aksi tinju.
Selama ini, idea senaman bagi saya ialah sekadar berbasikal secara santai (tak pasti bab mana yang senaman sedangkan setitik keringat pun tak keluar, mentelah lagi berbasikal dengan menggunakan basikal keluarga yang disewa sambil minum bubble tea!), ataupun ke kelas yoga dan zumba.

