Pengguna Berdaftar
‘Tunggu Apa Lagi’ kisah panahan asmara tanpa diduga
Sep 24, 2024 | 5:30 AM
Lagu, ‘Tunggu Apa Lagi’ mempunyai irama bunga-bunga cinta yang mekar dengan ketenangan sekitaran tatkala seseorang itu menemui sinar kasih dalam hidupnya. - Foto UNIVERSAL MUSIC INDONESIA
Video muzik rasmi, Tunggu Apa Lagi, yang disajikan penyanyi dan mantan pemain bola sepak Indonesia, Nyoman Paul, sahaja menggambarkan keceriaan seorang jejaka yang menemui cinta baru pengubah hidupnya.
Nyoman, 23 tahun, bintang muda kacukan Sweden-Indonesia yang berasal dari Singaraja, Bali ini, kelihatan memandu kereta untuk meneroka kawasan desa permai yang menenangkan.
Laporan berkaitan
Lagu Arab, Melayu ‘Lahali’ penawar sunyi, kegersangan hatiSep 23, 2024 | 12:39 AM
‘Tarik Tali’ buka kisah jual mahal teruna, daraSep 6, 2024 | 5:29 PM

