Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Turut bantu dengan cara tersendiri

Sep 27, 2023 | 5:30 AM
SEDIA MEMBANTU: Cik Norhasyimah Awaludin dan suami Encik Asanul Fariq Sani di  luar pintu rumah mereka yang menyediakan pelbagai barangan runcit untuk kegunaan sesiapa saja yang memerlukan.
SEDIA MEMBANTU: Cik Norhasyimah Awaludin dan suami Encik Asanul Fariq Sani di luar pintu rumah mereka yang menyediakan pelbagai barangan runcit untuk kegunaan sesiapa saja yang memerlukan. - Foto ST

Selain Cik Sarimah Sarip atau Mira Anggun, terdapat beberapa lagi individu yang turut menjalankan kerja-kerja amal secara sukarela.

Cik Norhasyimah Awaludin

Cik Norhasyimah Awaludin, dengan sokongan suaminya, Encik Asanul Fariq Sani dan anak-anak, mereka menyediakan barangan runcit percuma kepada golongan memerlukan dari rumah mereka setiap hari. Di ruang yang dinamakan Sudut Kebaikan Riqmah yang terletak di luar pintu di rumahnya di Blok 268, Tampines Street 21, beliau juga telah memulakan Projek Insan Ehsan (PIE) pada 2022. Projek PIE dilaksanakan secara spontan dan bertujuan untuk menyumbang kepada keluarga yang kurang bernasib baik bagi menceriakan Hari Raya mereka.

Cik Zarina Jaafar

Beliau adalah salah seorang pengasas kumpulan 3R Recycle Group, sebuah kumpulan tertutup di Facebook (FB) yang menggalak anggotanya memberi barang yang tidak diperlukan lagi kepada anggota lain. Kumpulan ini sering tampil membantu keluarga-keluarga yang kehilangan harta benda akibat kebakaran selain menggantikan perkakas dan peralatan baru bagi keluarga susah

Kumpulan 3R diasaskan pada 2012 dan mulanya disertai 250 anggota yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan rapat. Kini 3R dianggotai lebih 6,500 orang dan diurus lebih 10 orang pentadbir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg