Premium
Tontonan menarik Netflix minggu ini
Sama ada anda gemar drama, cerita jenayah, kisah seram mahupun komedi, pasti ada sesuatu yang boleh anda nikmati di wadah penstriman Netflix. Jadi tunggu apa lagi? Siapkanlah snek kegemaran anda untuk duduk di depan televisyen dan tonton salah satu rancangan di Netflix yang disaran BERITA HARIAN minggu ini.
Apr 18, 2022 | 5:30 AM
Twenty Five Twenty One
Drama Korea ini telah menawan hati penonton Singapura. Berlatarbelakangkan tahun 1998, ia kisah cinta dua individu yang pertama kali berjumpa pada usia 22 dan 18 tahun. Empat tahun kemudian, mereka bertemu lagi dan mulakan pergelutan antara persahabatan dengan cinta. - Foto-foto NETLIX

