Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Uji bakat Dangdut Academy Asia 6 di S'pura

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



APABILA sempadan negara sudah dibuka dalam tempoh pascapandemik, bakat Singapura mula menebarkan sayap ke luar negara termasuk menyertai peraduan serantau mahupun sedunia.



Jika di Malaysia sedang hangat dengan peraduan realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) yang diwakili peserta Singapura, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman mahupun Adeep Nahar daripada kumpulan V.E, Indonesia pula sinonim dengan peraduan Dangdut Academy Asia (DAA).



Dengan penyertaan bagi DAA6 bakal dibuka, satu sesi uji bakat di peringkat Singapura bakal diadakan tidak lama lagi.



Pendaftaran bagi uji bakat buat warga Singapura yang berusia antara 15 dengan 25 tahun malah sudah dibuka sehingga 5 November ini.



Peserta mestilah boleh menyanyikan irama dangdut atau lagu Melayu.



Mereka perlu mengirimkan satu keratan video dangdut perlahan/ lagu Melayu atau dangdut/lagu Melayu ke e-mel dacademyasiasingapura@gmail.com selewat-lewatnya 5 November ini.



Yang menyertai DAA6 haruslah mengikut syarat dan ketetapan penganjur dari saluran Indosiar.



Semua kos di Jakarta akan ditanggung oleh Indosiar.



Dengan uji bakat DAA6 ini dijangka mendapat sambutan ramai yang ingin menguji keupayaan vokal mereka, 'mak pengantin' atau wakil penganjur di Singapura, Lynn Malik dari Lynn Malik Productions, juga sibuk.



Kata Lynn, penyanyi yang dikenali kerana lagu Pen Merah Pen Biru berkata:



"Syukur Alhamdulillah, saya tak jangka dapat usahakan projek ini sekali lagi dan diberi kepercayaan oleh pihak Indosiar.



"Saya teruja tetapi seram juga sebab sudah lama tidak mengusahakan perwakilan buat Singapura. Ramai yang tahu saya bukan penyanyi dangdut tetapi dikenali dalam kalangan pencinta irama ini kerana kaitan sebelum ini dengan DAA.



"Saya berharap warga Singapura akan kembali mendedahkan bakat menyanyi mereka pada tempoh pasca pandemik ini. Apa yang saya perhatikan di Singapura terdapat ramai penyanyi muda yang hebat malah ada yang semuda usia 13 tahun.



"Mereka boleh menyanyi dangdut dengan 'cengkok' yang baik. Ini saya tinjau ketika menjadi juri bagi acara serantau dan antarabangsa.



"Lantaran itu, saya berharap kita dapat menghantar peserta Singapura yang lebih bermutu daripada musim-musim lalu."



Peserta DAA dari Singapura pada musim-musim sudah termasuk Henny Hanip, Ikah Jamil, Rahila Rashun dan Sheer Angullia.



Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai uji bakat yang diadakan, kirimkan WhatsApp kepada talian 8755-5887 atau rujuk ke Facebook Lynn Malik Productions atau Instagram @Lynnmalikproductions.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >