Topik diikuti
Pergi ke BHkuKarya mudah diikuti, tidak kering air mata

TEMUI PENGGANTI: Fahri (Fedi Nuril), yang payah melupakan isteri Aisha, menerima cinta Hulya (Tatjana Saphira, gambar). - Foto MD ENTERTAINMENT
Karya mudah diikuti, tidak kering air mata
WALAU sedekad sudah berlalu, penangan filem Ayat Ayat Cinta yang mencetus fenomena di Nusantara payah dilupakan.
Lantas, apabila syarikat penerbitan MD Entertainment menghasilkan filem susulan Ayat Ayat Cinta 2 tahun ini, ramai menjangkakan filem itu juga bakal 'pecah panggung'. Ini sejajar dengan kelahiran novel Ayat Ayat Cinta 2 oleh penulis berwibawa Habiburrahman El Shirazy pada 2015.
