Premium
Usaha terpuji didik seni budaya bangsa kepada remaja
Oct 4, 2017 | 5:30 AM

NILAI SEJARAH: Penerbit Izyan Mufiroh dan Shafiqah Kamarudin dipuji kerana mampu mengendali tenaga kerja dan hampir 200 pelajar dalam satu persembahan pendidikan seni yang bermanfaat. - Foto SRI WARISAN -
KALAU hendak lentur biarlah daripada rebung. Ini berjaya disempurnakan oleh Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd dalam pementasan Lagenda Singapura yang dijayakan bersama oleh Orkestra Sri Temasek pada 23 September lalu di Dewan Puan Lee Choon Guan, Anglo Chinese School, Barker Road.
Ia juga merupakan antara rencana mengenal dan mendidik seni budaya bangsa kepada kanak-kanak dan pelajar remaja mengenai kisah berkaitan sejarah Singapura.

