Premium
Pementasan kental menyentuh hati
Nov 22, 2017 | 5:30 AM

KISAH PENCARIAN JATI DIRI: Pementasan genderang 'Journey 2: The Pulse' boleh dikatakan hampir sempurna, tersendiri dan kuat jati dirinya. Setiap paluan ada penceritaan yang menyentuh jati diri Melayu. - Foto NADI SINGAPURA -
KALAU ada yang bertanya, apakah ciri unik kesenian Melayu di sini yang mungkin belum ada di negara-negara Nusantara, penulis tidak akan teragak-agak menyebut antara yang menyerlah ialah pementasan teater genderang oleh Nadi Singapura.
Walaupun terdapat beberapa kumpulan genderang di tanah air mahupun di negara-negara jiran, paluan dan bunyian yang dibawa kumpulan tersebut begitu kental jiwa Melayunya.

