Premium
Unggas bawa pemuzik 'terbang tinggi' jadi 'YouTuber'
Shafiq Kamis antara jurulatih burung sedunia dipapar saluran antarabangsa
Sep 21, 2020 | 5:30 AM
UNGGAS PENJANA PENDAPATAN: Shafiq Kamis mula serius membangun kandungan bermutu bagi laman YouTube 'Tarzan Malaya SG' apabila mendapati ramai ingin panduan memelihara dan merawat burung peliharaan cedera. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
Kehidupan berubah 360 darjah bagi seorang pemuzik dan sekumpulan teman karib yang sebelum ini menganjurkan acara hiburan buat pencinta seni di Singapura. Mereka mengubah cabang tukikan mereka di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan mekar di wadah digital, baik YouTube mahupun Facebook, untuk terus mencetus inspirasi buat ramai.
DARIPADA setakat berkongsi di YouTube hobi melatih burung kakaktua terbang di lelapang sekitar Singapura, pemuzik Shafiq Kamis kini berpeluang menjana pendapatan bagi klip video di akaunnya, Tarzan Malaya SG.

