Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Uniqlo lancar koleksi dengan JW Anderson, berinspirasi nilai ketukangan

Apr 15, 2024 | 10:04 AM
Pakaian daripada koleksi baru musim bunga atau panas Uniqlo dan JW Anderson diperagakan oleh pelukis, Johannes Bosisio (kiri), yang berpangkalan di London dan seniman visual dan persembahan, Anna-Lena Krause (kanan).
Pakaian daripada koleksi baru musim bunga atau panas Uniqlo dan JW Anderson diperagakan oleh pelukis, Johannes Bosisio (kiri), yang berpangkalan di London dan seniman visual dan persembahan, Anna-Lena Krause (kanan). - Foto UNIQLO

Jenama pakaian sejagat, Uniqlo, bakal melancarkan koleksi musim bunga dan panas 2024 hasil kerjasama dengan label fesyen Britain, JW Anderson, pada 19 April.

Pakaian di bawah koleksi itu memaparkan rekaan moden yang meraih inspirasi daripada keterampilan Britain pada pertengahan abad.

Mengulas tentang koleksi rekaan jenama JW Anderson bersama Uniqlo, pereka fesyen, Jonathan Anderson, berkata:

“Pada musim ini, kami mengambil inspirasi daripada 1940-an hingga 1960-an Britain untuk memaparkan ketukangan pakaian dan daya tahannya.”

Justeru, pembeli boleh memilih daripada kemeja polo berkait, sweater dan dress dalam rona berani yang mencerminkan rekaan ketukangan Britain.

Kemeja-T lengan pendek lelaki yang kelihatan kasar pada zaman dahulu ditampilkan dengan tekstur grafik menarik.

Kemeja linen wanita pula bertekstur lembut dan memaparkan hiasan jahitan dan sulaman.

Ada juga blaus kapas lengan panjang yang mempunyai tali bow.

Koleksi lengkap Uniqlo bersama JW Anderson boleh didapati di kedai utama di Orchard Central dan di dalam talian, uniqlo.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg