Premium
Unit majalah SPH di M'sia Blu Inc ditutup
Antara majalah gaya hidup popular yang terjejas ialah Glam, Jelita, Glam Deko dan Eh!
May 6, 2020 | 5:30 AM
KENANGAN DIABADI: Ramai personaliti popular Malaysia yang pernah ditampilkan sebagai penghias kulit majalah telah memberi penghormatan terakhir kepada majalah-majalah tersebut dalam siaran di Instagram, termasuk (dari kiri) Scha Al Yahya, Nabila Huda dan Vivy Yusof. - Foto-foto INSTAGRAM -
MAJALAH popular gaya hidup dan wanita popular Malaysia seperti Glam, Jelita, Glam Deko dan Eh! terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pembaca setianya apabila syarikat penerbitannya, Blu Inc, menghentikan operasi mulai 30 April.
Singapore Press Holdings (SPH) yang mempunyai 70 peratus kepentingan, Blu Inc Holdings Malaysia (BIHM) Group mengesahkan penutupan itu dalam satu kenyatan baru-baru ini.

