Premium
'UnSangkaRable', Les Enja cuit hati dengan 'Superstar'
Feb 7, 2017 | 5:30 AM
KECOH-KECOH PELAWAK: Hamzah Adon (kiri) dan Alias Kadir yang membentuk kumpulan duo Les Enja, sampaikan pesan tentang pasang surut dunia sebagai artis menerusi lagu semi komedi 'Superstar'. - Foto SAMBAL PIX MOTION -
PECAH-PECAH perut penulis dibuatnya apabila dua pelawak daripada generasi berbeza, Alias Kadir dan Hamzah Adon, buka cerita tentang single terbaru mereka, Superstar.
Hamzah, 40-an tahun, memanggil Alias, 50-an tahun, 'Jurassic Park' (melambangkan dinosaur, spesies yang sudah pupus) dan 'alien', manakala Alias yang menyifatkan dirinya sebagai 'kelapa tua banyak gunanya' pula kerap menyatakan beliau 'menyampah' bekerjasama dengan Hamzah!

