Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KISAH 3 PELAKON MALAYSIA

Uqasha masih trauma tragedi suami diserang

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tidak mudah membuang jauh tragedi berdarah dilalui sebulan lalu.



Menyaksikan suaminya dipukul dengan cota besi dengan mata sendiri, yang membuatnya cedera teruk di kepala terus menjadi mimpi ngeri berulang bagi pelakon sensasi Uqasha Senrose, 31 tahun.



Bukan sahaja Uqasha, malah suaminya yang juga pelakon Kamal Adli juga mengalami emosi dan trauma berpanjangan, menurut pelakon itu, walapun insiden itu, yang berlaku di satu acara di Singapura, kini berusia sebulan.



Namun, Uqasha, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata beliau sentiasa cuba untuk bersikap tabah demi suaminya.



"Alhamdulillah, keadaan Kamal semakin baik. Cuma apabila duduk di rumah, ada banyak kerja tergendala dan tertunggak, jadi Kamal agak tertekan. Dan kes mahkamah di Singapura juga masih berlanjutan.



"Saya juga tidak tahu bila semangat Kamal akan pulih. Ini kerana Kamal memang tak mahu keluar rumah, jadi dia lebih tertekan dan beremosi.



"Sebagai isteri, saya kena faham emosi dialami, saya juga layankan sahaja walaupun penat baru pulang kerja.



"Saya perlu sentiasa kuat untuk Kamal. Saya juga baru kali pertama keluar rumah berjumpa orang ramai, jika tidak hanya ke lokasi penggambaran drama Isteri Halal dan pulang," katanya kepada BH Online.



Uqasha akur beliau masih mempunyai perasaan takut berdepan orang ramai.



"Ya takut, keluar pun masih perasaan berdebar-debar sebab tragedi berdarah ini berlaku di depan mata. Bila orang lalu di sebelah, saya jadi takut.



"Jadi, saya sentiasa memerlukan teman. Sekarang saya pergi dan pulang kerja sahaja.



"Kamal di rumah pun ada yang menemani. Kami sudah mengupah seseorang untuk mengawasi rumah, jadi ada yang melakukan pemeriksaan di kawasan rumah selang dua hingga tiga jam," katanya.



Uqasha berkata, tragedi itu memberikan tamparan bukan hanya buat Kamal, tetapi juga dirinya, namun cuba melihatnya dari sudut positif.



"Kamal trauma, tetapi tak tunjuk kepada saya. Sebab Kamal tak mahu tunjuk dirinya lemah. Saya tahulah bila Kamal tak gembira dan tertekan.



"Tetapi, Kamal tetap cuba menggembirakan saya apabila penat bekerja.



"Jujurnya, saya agak bergelut melalui semua ini, tetapi saya tidak mahu mengeluh. Ini kerana orang lain lebih teruk dugaannya.



"Mungkin inilah ujian untuk saya dan Allah mahu menguji bagaimana saya mahu menghadapinya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >