Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RAHIMAH RAHIM:

Usah terlalu taasub dengan bintang pujaan

Nov 14, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sudah lebih enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, penyanyi veteran kelahiran Singapura, Rahimah Rahim, 68 tahun, menyaksikan pelbagai ragam dan kerenah peminat, termasuk golongan fanatik yang terlalu taasub dengan bintang pujaan.


Namun, akui Rahimah yang popular dengan lagu, Gadis dan Bunga pada era 1980-an, ragam peminat ketika dirinya di puncak kegemilangan sehingga era 1990-an, dirasakan lebih ekstrem berbanding zaman digital.


Namun, Rahimah yang mesra disapa ‘Kak Gerl’, sebagai penyanyi beliau sentiasa berfikiran terbuka ketika berdepan peminat.

Baginya, mereka tidak perlu bergaduh hanya kerana mahu mempertahankan selebriti seperti yang cenderung dilihat berlaku sekarang.

“Pergaduhan antara peminat sudah lama berlaku, sejak dahulu lagi. Dahulu pun ada peminat terlalu fanatik sampai penyanyi buat persembahan di pentas, ada yang merempuh.

“Cuma, ketika itu belum ada media sosial. Sekarang ada media sosial, jadi mereka guna medium itu. Perkara ini bukan baru, malah sejak zaman The Beatles lagi.

“Namun, bagi saya tidak perlu bergaduh, ini hanyalah hiburan. Apabila kita terlalu taasub susah juga. Saya pernah berhadapan peminat terlalu fanatik apabila buat persembahan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

“Ketika itu, peminat berebut hendak cium dan sebagainya. Bagi saya, ketaasuban peminat pada zaman dahulu lebih teruk daripada sekarang,” katanya kepada BH Online pada ‘Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023’ di Laman Beringin, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Pada acara dipenuhi pelbagai kegiatan yang berlangsung dua hari itu, Rahimah beraksi di pentas mendendangkan lagu popularnya.

Sering dijemput beraksi di pentas, Rahimah bagaimanapun mengaku pada usia sekarang, beliau lebih gemar membuat persembahan santai.

“Di Singapura, saya sering dijemput menjayakan siri jelajah. Jadi, saya sudah biasa dijemput ke acara begini. Saya terima undangan dari Istana Budaya kerana acaranya santai.

“Kalau acara santai, saya okey. Jadi, tidak perlu buat persiapan yang besar kerana hendak buat konsert misalnya, ambil masa berbulan-bulan. Saya suka acara santai sebab hiburan bagi saya adalah santai.

“Pada usia sekarang, nyanyian bukan kerjaya utama. Saya tidak mahu bersaing, cuma mahu berseronok,” katanya yang bertugas sebagai penyampai di stesen radio khusus buat warga emas di Singapura, iaitu Vintage Radio SG.

Sudah tiga tahun bertugas di konti, Rahimah seronok dapat menghiburkan warga emas dan berkongsi motivasi bersama pendengar.







“Saya tidak pernah buat kerja penyampai radio dan cukup seronok. Ini perkara baru buat saya apabila kena belajar banyak perkara ketika di konti. Alhamdulillah, minda saya bergerak.

“Nyanyian pula jadi terapi buat saya. Pada usia ini, apabila menyanyi, kita dapat meluaskan paru-paru dan pernafasan. Ia lebih kepada senaman,” katanya.

Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi Allahyarham Rahim Hamid atau dikenali sebagai Nat King Cole Singapura dan seniwati filem, Allahyarhamha Mariam Baharum.

Beliau juga penerima Anugerah Gemilang Pingat Budaya dari Majlis Seni Kebangsaan Singapura pada 2021.

‘USAH PERTIKAI IMEJ UNIK AINA ABDUL’ 







Mengenai artis zaman sekarang yang diminatinya, Rahimah dalam wawancara dengan media Malaysia berkata beliau meminati Aina Abdul kerana keunikan dan kelebihan dimilikinya.

Rahimah berkata Aina bukan sekadar berbakat, malah keperibadian penyanyi lagu, Terus Hidup, itu membuatkan dirinya mampu kekal relevan dalam industri seni tanah air.


“Saya suka Aina. Saya pernah buat persembahan dengannya. Aina gadis yang cantik dan sangat merendah diri. Saya suka orang yang begitu. Aina boleh bercakap dan sangat bijak.

“Apabila awak bercakap dengan seseorang dan menjawab dengan bijak, orang itu membuatkan kita rasa senang. Aina bukan sahaja penyanyi, malah, dia ada ‘vibe’ positif... Itu yang orang mahu,” katanya.

Rahimah berkata, imej Aina menjadikan dirinya unik dan tidak sepatutnya dipertikaikan.

“Soal imej, itu pilihan dia. Usah pertikai kerana itu imej dia. Kalau dia tiada imej, orang tak akan tengok, betul atau tidak? Jadi, Aina reka imej dirinya dan dia adalah ‘trendsetter’ (pencetus trend).

“Kalau Aina pilih imej pelik dan diingati, maka ia menjadi. Sama ada orang suka atau tidak ia menjadi aliran. Aina adalah ‘trendsetter’ di Malaysia. Saya suka tengok Aina, bagi saya, biarlah kena pada tempatnya,” katanya. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >