Usaha bantu mangsa penderaan oleh pasangan diiktiraf dengan anugerah Tokoh Wanita
Premium
Usaha bantu mangsa penderaan oleh pasangan diiktiraf dengan anugerah Tokoh Wanita
Aug 26, 2016 | 5:30 AM

JASA DIIKTIRAF: Dr Sudha Nair (kanan) yang membantu ramai mangsa penderaan oleh pasangan mereka, menerima anugerah Tokoh Wanita 'Her World' bagi 2016. Cik Jenny Tay, yang memodenkan khidmat pengebumian tradisional, pula menerima anugerah Her World Young Woman Achiever. - Foto THE STRAITS TIMES -
KES seorang wanita yang didera suaminya berulang kali melebihi tujuh tahun telah mendorong Dr Sudha Nair menubuhkan sebuah pusat pakar keganasan keluarga yang pertama di Singapura pada 1999.
Ketika itu, Dr Nair yang bertugas sebagai pekerja sosial di Pusat Perkhidmatan Sosial Ang Mo Kio menerima mesej mel suara daripada salah seorang daripada tiga anak kecil wanita itu yang mengatakan, "Sila datang".

