Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usaha bawa seni lebih dekat di kawasan kejiranan

NAC perkenal inisiatif bawa pengalaman seni di estet perumahan bagi setiap lapisan masyarakat
Oct 20, 2022 | 05:30 AM



MENIKMATI kegiatan bersama jiran tetangga.



Inilah yang dapat anda lakukan menerusi inisiatif mesra interaksi, #ArtsInYourNeighbourhood yang dianjurkan Majlis Seni Kebangsaan demi memupuk minat terhadap kesenian seperti kerajinan tangan, sambil menggalak jalinan sesama jiran.



Satu lagi kegiatan yang menjangkau penduduk ialah pementasan menerusi program #SilverArts, yang turut disertai penduduk kejiranan.



NAC menerusi satu kenyataan berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Majlis Integrasi Persatuan Rakyat (PA), yang diketuai oleh pasukan artis yang terdiri daripada warga Singapura dan warga baru untuk menjalankan satu kegiatan melibatkan kejiranan di Toa Payoh Timur dan Telok Blangah .



Di sana, penduduk telah diajak meneroka tema makanan dan budaya berbilang bangsa.



Penduduk berpeluang berinteraksi sambil mempelajari kemahiran baru seperti membuat cetakan, fotografi dan kraf kertas.



"Kesenian seperti ini menjadi wadah menarik dan berkesan untuk kita berinteraksi dan menjalin hubungan dengan penduduk lain. Sepanjang lapan bengkel yang diadakan sejak tiga bulan lepas di Telok Blangah, saya diberi peluang untuk mengenali beberapa jiran saya dan mendapat kawan baru kerana kami menghargai seni bersama-sama," kata Cik Judy Wu, penduduk baru yang menetap di Telok Blangah.



Pada November ini pula, penduduk di kawasan Timur boleh menikmati persembahan teater mesra keluarga, Teater Masyarakat di Our Tampines Hub (OTH) yang dijayakan oleh penduduk Tampines, diketuai oleh ACT3 International.



Selain itu, pada tahun ini jika, #SilverArts bekerjasama dengan Lions Befrienders Service Association (Singapura) untuk membawa seni ke tiga Pusat Penuaan Aktif



Peserta senior dari pusat Clementi Blok 420A dan Bendemeer meneroka tema "Kejiranan" dalam beberapa siri bengkel dan sesi penciptaan bersama.



Tema 'Rumah Kita Arts Journey' dibimbing oleh SEED Collective, yang meneroka konsep rumah dengan 30 warga emas melalui kolaj seni visual 2D, teater main balik (playback theatre) dan penulisan reflektif.



"Ini adalah inisiatif bermakna yang membolehkan warga emas berinteraksi dengan rakan sebaya mereka, mengekspresikan diri mereka melalui seni, sambil membina keyakinan.



Dengan tema 'Kejiranan', warga emas juga di kawasan kejiranan juga diharap dapat menjalin ikatan yang bermakna dan mengenali jiran mereka dengan lebih dekat, selain mencuba kemahiran baru, kata Cik Karen Wee, Pengarah Eksekutif di Lions Befrienders Service Association (Singapura).




"Seni menyediakan platform yang menarik dan berkesan untuk kita berinteraksi dan menjalin hubungan dengan penduduk lain. Sepanjang lapan bengkel yang diadakan sejak tiga bulan lepas di Telok Blangah, saya diberi peluang untuk mengenali beberapa jiran saya dan mendapat kawan baru kerana kami menghargai seni bersama-sama."
- Cik Judy Wu, penduduk baru yang menetap di Telok Blangah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >