Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usaha gigih pancing anak muda ke Pesta Penulis S’pura

Kurator program Melayu dan Tamil perluas acara di luar skop sastera, liputi muzik, filem dan kartun
Sep 27, 2023 | 05:30 AM



Kisah penduduk Pulau Selatan yang perlu berpindah dari kediaman damai mereka yang berhampiran dengan lautan ke kawasan kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) diamati penggiat seni dan sastera serta penyanyi Singapura, Aqmal Noor.

Baginya, pemindahan itu membawa pengertian lebih-lebih lagi apabila ia menjadi isu yang dibincangkan masyarakat setempat mahupun penggiat seni yang melalui sendiri proses pemindahan itu atau gigih menggali hasil warisan keluarga yang mereka khuatir pupus ditelan kemodenan kota.

Lantaran itu, apabila ditugaskan mengusahakan program bahasa Melayu bagi Pesta Penulis Singapura 2023 sebagaimana tahun lalu, Aqmal berasakan perlu untuk ketengahkan sesuatu yang menjejak isu penghijrahan penduduk Pulau Selatan ke flat HDB ini menerusi analisis karya sasterawan Jamal Ismail, Ombak Selatan.


Dalam program Layar Ke Teks Bersama Jamal Ismail dan Asnida Daud, Jamal akan membincangkan kisah identiti penduduk pulau dan proses pemindahan sosial yang dilalui mereka dalam sekitaran baru bersama pendidik dan penggiat seni yang memiliki nyala rasa pada sejarah dan warisan Pulau Selatan, Asnida Daud.


Acara sejam setengah ini akan berlangsung di Demonstration Room, Muzium Tamadun Asia (ACM) antara 4 hingga 5.30 petang pada 18 November ini.

Ketika ditemui Berita Harian di sesi taklimat Pesta Penulis Singapura baru-baru ini, Aqmal berkata:


“Pengalaman saya menganjurkan beberapa acara dan menjadi kurator program Melayu untuk Pesta Penulis Singapura tahun lalu ini membolehkan saya merancang program yang dirasakan dapat menarik minat masyarakat Melayu dan juga generasi muda.

“Isu Orang Pulau dan Orang Laut banyak dibincangkan sejak akhir-akhir ini dalam beberapa acara warisan. Ada minat dan pendedahan buat orang kita tahu lebih lagi mengenai identiti, adat dan budaya mereka. Kali ini, Pak Jamal dan Cikgu Asnida akan berbincang mengenai novel Ombak Selatan pula.”


Aqmal akur generasi muda memerlukan program yang akan membawa mereka keluar daripada situasi dalam bilik darjah atau suasana bengkel dan ceramah untuk memahami bahawa kata-kata juga boleh disulam dalam karya seperti lagu atau kesenian seperti dikir barat.

Lantaran itu, beliau juga mengusahakan program Terapi Redari (Rentak dan Rima), iaitu sajian puisi Melayu Singapura oleh generasi anak seni muda seperti Nurjannah, Syurga Jeffrey dan Shahril Samri, yang akan menghiburkan orang ramai menerusi suntikan kesegaran pada puisi pilihan mereka.


Acara yang bersandarkan tema Pesta Penulis Singapura iaitu Plot Twist, atau belitan plot ini akan berlangsung selama sejam antara 12.30 tengah hari dengan 1.30 petang pada 26 November ini di lelapang berumput The Arts House.


Mengenali minat generasi belia pada dikir barat, Aqmal juga mengetengahkan bengkel Dikir Jam bagi penyajak dan penulis lirik untuk mendapat panduan menghasilkan lirik lagu dikir barat yang baik daripada mereka yang berpengalaman.


Kumpulan dikir barat mapan di Singapura akan berhimpun di samping membuat persembahan karya bermutu mereka di Living Room, The Arts House antara 5.30 petang dengan 7 malam pada 19 November. Bayaran $10 dikenakan.

Yang menariknya, dalam mendakap teknologi baru realiti terimbuh (AR), program Melayu Pesta Penulis Singapura turut mengetengahkan pasangan adik-beradik, Rhaimie Wahap dan Rizal Wahap, yang menerbitkan buku-buku kanak-kanak bergambar dengan tambahan animasi, AR dan lagu-lagu tema.

Pada 19 November, antara 7.30 malam dengan 9 malam, mereka berdua akan berkongsi proses memperluas karya penulisan menjadi bahan pembelajaran yang memanfaatkan teknologi AR mahupun animasi di Galeri II, The Arts House

Satu lagi program membaca Memerang Di Kota pada 25 November mulai 10.30 pagi akan juga diadakan di Galeri II, The Arts House.


Buku kanak-kanak ini mengisahkan pengembaraan sebuah keluarga empat ekor memerang tatkala mereka meneroka kota Singapura. Dengan menggabungkan animasi, realiti terimbuh dan muzik, segmen Memerang Di Kota ini akan menarik perhatian orang dewasa mahupun kanak-kanak.


Program dalam bahasa Melayu ini disyorkan bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke atas.

Aqmal juga gembira untuk membawa kartunis legenda, Datuk Lat, atau nama sebenarnya, Mohammad Nor Mohammad Khalid, sebagai penyampai ucapan dasar. Beliau akan berkongsi perjalanan seninya sebagai kartunis untuk kerjaya sepanjang zaman pada 25 November ini, antara 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sesi Lat akan berlangsung di Screening Room, The Arts House, di mana beliau akan berkongsi tentang peredaran kehidupan desa ke bandar serta kenangan yang terpahat dalam ingatannya berkenaan Malaysia dan dunia serta perubahan landskap kehidupan dan persahabatan mahupun cara bagaimana kartun menyatukan manusia.

“Lat adalah ikon seni kartun yang ramai ingati kerana penceritaannya yang menarik dan pengamatan sosialnya pada isu sekeliling. Diharapkan kehadiran beliau akan memberi semangat untuk sesiapa sahaja yang memburu impian menyampaikan kisah masyarakat menerusi pelbagai medium seni,” ujar Aqmal lagi.

Pesta Penulis Singapura turut mengetengahkan program dalam bahasa Tamil yang diselaras Cik Chitra Ramesh, seorang penulis dan Presiden Vasagar Vattam, kumpulan pembaca karya Tamil.

Menurutnya, dalam membawa penulis dan penyajak mapan dari India yang mempunyai kebolehan mengejutkan pembaca pelbagai era dengan karya mereka yang banyak ulitan plot, pihaknya juga memikirkan tentang cara menarik anak muda yang mempunyai daya tumpuan yang kurang untuk terus membaca.

“Kalau mereka rata-rata tidak membaca, mengapa tidak perkenalkan sesuatu berunsur penceritaan dalam filem ringkas atau muzik. Bagi saya, ini akan menarik minat mereka seperti bengkel menghasilkan filem ringkas tiga minit yang boleh dijana menerusi telefon bimbit,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >