Topik diikuti
Pergi ke BHkuKemuning mahu cungkil pandangan, sasar jadi pusat seni sehenti

LAKAR MISI BARU: Penggerak Persatuan Kemuning Singapura, Encik Salleh Buang, selaku Setiausaha Kehormat, dan anaknya Cik Nursaliza ingin membangunkan badan itu sebagai pusat sehenti bagi pembelajaran kemahiran menari, berlakon, menyanyi dan kerja belakang tabir pementasan. - Foto KHALID BABA
Sep 5, 2017 | 5:30 AM
Kemuning mahu cungkil pandangan, sasar jadi pusat seni sehenti
APABILA bermacam kumpulan seni dalam kalangan generasi muda muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, ini tidak bermakna langkah badan mapan seperti Persatuan Kemuning Singapura terhenti begitu sahaja.
Persatuan itu malah ingin mengorak langkah lebih aktif mendekati generasi muda melalui sesi suai kenal dan perbincangan seni yang akan diadakan mulai 2 petang di Kelab Masyarakat (CC) Siglap South Ahad ini.