Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha 'pancing' minat ramai kenali watak Melayu klasik
Usaha 'pancing' minat ramai kenali watak Melayu klasik
Usaha 'pancing' minat ramai kenali watak Melayu klasik
KONGSI KEKAYAAN CERITA RAKYAT MELAYU: Cik Siti 'Aishah Suja'ee (kiri) sebagai Mak Andih dan Encik Wan Haddad Salleh sebagai Pak Pandir merupakan aktivis teater yang teruja mendekati masyarakat dengan menyebar nilai murni dalam teater rakyat klasik. - Foto HARYANI ISMAIL -
Nov 18, 2018 | 5:30 AM
MESKIPUN penglibatan mereka dalam kumpulan Teater Kami belum mencecah lima tahun, Encik Wan Haddad Salleh dan Cik Siti 'Aishah Suja'ee teruja dengan setiap peluang mendekati orang ramai menerusi naskhah pentas kemasyarakatan.
Apabila terlibat dalam program Seni Di Kejiranan Anda (AYN) anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Wan Haddad, 32 tahun, dan Cik Siti 'Aishah, 30 tahun, lebih seronok mengupas watak dalam cerita rakyat klasik.