Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU ‘BIG STAGE 2022’

Usahawan kontroversi ingin timba ilmu walau akui nyanyian teruk

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli, meluahkan rasa kecewa dan mengakui persembahannya di pentas Big Stage 2022, Ahad lalu, kurang memuaskan.



Menerusi hantaran Instagram, penyanyi lagu Hujan itu memuat naik satu video semasa raptai minggu pertama program realiti tersebut, lapor Utusan Online.



Iqbal menerima dengan hati terbuka markah yang diberikan juri dan turut bersetuju dengan kata-kata warganet berhubung nyanyiannya pada Ahad lalu.



Secara keseluruhannya, Iqbal diberi markah 28.8 peratus dengan komposer Ajai selaku juri memberinya markah terendah sebanyak 5 peratus.



Datuk Seri Siti Nurhaliza memberinya 25 peratus manakala Aliff Aziz sebagai Juri Juara pula memberinya 22 peratus.



Juri Pedas, Mas Idayu, memberinya 19 peratus. Markah tertinggi buat Iqbal sebanyak 73 peratus pula diberi Presiden Netizen, Datuk Seri Vida, yang merupakan bekas majikan dan bekas kekasih Iqbal.



"Sampai rumah, saya muntah kerana terlalu banyak berfikir dan kecewa dengan persembahan sendiri. Waktu menyanyi di pentas, tidak dapat kesan suara nyanyian saya seteruk yang terpapar di televisyen.



"Saya terima sepenuhnya markah juri berikan. Apa yang warganet katakan nyanyian saya sangat rosak, saya sendiri pun bersetuju. Saya rasa bersalah kepada pihak Astro dan semua yang telah berikan saya peluang. Maafkan saya cikgu jika ini mengecewakan," kata Iqbal, 28 tahun.



Iqbal bagaimanapun meminta jasa baik semua agar memberikan dirinya sedikit pertimbangan sebagai salah seorang peserta rancangan realiti tersebut.



Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Datuk Seri Vida tidak mengetahui yang dirinya adalah salah seorang peserta Big Stage musim keempat.



"Namun, mohon jasa baik semua berikan sedikit pertimbangan untuk saya yang bukanlah seorang terdidik sebagai seorang penyanyi apatah lagi di pentas sehebat ini. Segalanya kejutan. Tidak sempat latihan seperti peserta lain. Saya tidak tahu Datuk Seri Vida ada di program ini dan dia pun langsung tidak mengetahui saya akan sertai Big Stage.



Tambahnya lagi, beliau akan menarik diri serta-merta pada minggu hadapan walaupun tiada penyingkiran seandainya persembahan nyanyiannya masih tidak memuaskan.



"Saya tinggalkan segala hal lain demi Big Stage. Pada awalnya, berkali-kali saya menolak tawaran untuk sertai. Namun saya fikir, peluang ini sekali sahaja seumur hidup. Saya memohon kembali kepada Astro supaya berikan izin untuk sertai juga. Berikan saya peluang untuk belajar. Saya tidak mengharapkan kemenangan, seminggu sahaja lagi. Kalau terlalu buruk, saya sendiri akan menarik diri walaupun tiada penyingkiran di minggu hadapan," ujarnya.



Ahad lalu, pihak penerbitan memberi kejutan dengan mengumumkan Iqbal sebagai peserta ke-12 Big Stage 2022 yang dirahsiakan selama ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >