Premium
Usahawan sensasi dihujani kecaman setelah keluar lagu
Nov 6, 2021 | 5:30 AM

MUTU SUARA KARAOKE?: Usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang muncul dengan lagu 'Hujan', antara lain, dikecam komposer Dr Azmeer bahawa suaranya hanya bermutu penyanyi karaoke. - Foto RUSA MUSIC -
USAHAWAN selebriti Iqbal Zulkefli yang sebelum ini mencetus sensasi dengan berkongsi kisah cintanya bersama bekas majikannya, ahli niaga kosmetik dan produk kesihatan, Datuk Seri Vida, kini bergelar penyanyi pula.
Video muziknya di bawah label rakaman Rusa Music yang bertajuk Hujan malah sudah ditonton hampir 1.5 juta kali walaupun baru sahaja dimuatnaikkan ke YouTube pada Isnin lalu.

