Walaupun sesetengah siaran di media sosial terbuka kepada umum, ia tidak bermakna anda sebagai pengguna boleh berbuat sesuka hati dengan komen yang menyakitkan hati.
“Di media sosial zaman sekarang, orang kalau tak suka, dia cakap main hembus saja.
“Dia kata, ‘Kalau ‘you’ dah buka (status) ‘public’ (awam) macam gitu, I ada hak untuk komen’.
“Dia kata, ‘Tak boleh terima komen, kenapa letak ‘public’?
“Sebenarnya kita kena jaga adab kita kalau kita nak tegur.
“Kalau betul-betullah niat kita nak tegur, tegur di belakang.
“Kalau kita tegur depan khalayak ramai, itu nak memalukan orang.”
Asatizah setempat, Ustazah Shameem Sultanah, membuat teguran itu dalam satu perbincangan di Instagram.
Beliau berkata demikian dalam siaran bertajuk, ‘Adab dalam menegur’, dalam media sosialnya.
Untuk ikuti perbincangan lanjut mengenai tajuk itu, sila ke akaun IG @shameemsultanah and @cintaqurann.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg