Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Video Aliff Syukri: Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia usul hukuman berat

Apr 05, 2023 | 11:10 AM



KUALA LUMPUR: Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) merancang bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil dalam masa terdekat bagi membincangkan isu video muzik lagu Cak Kun Cak Raya dendangan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.



Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid berkata, ia berikutan video muzik itu melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia serta menghina kemuliaan bulan Ramadan.



Sehubungan itu, Ayob ingin menggesa Fahmi membawa isu itu ke parlimen agar Akta 294 (a) dan (b) dapat digubal semula kerana disifatkan terlalu longgar sehingga tidak memberi kesan kepada pencipta kandungan.



"Pegawai polis bertugas mencadangkan saya membawa kes ini kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana akta yang ada terlalu longgar.



Jadi, kami berharap KKD dapat membincangkan isu ini di parlimen, seterusnya denda tinggi dikenakan termasuk hukuman penjara bukan sahaja kepada Aliff tetapi kepada semua pencipta kandungan.



"Jika hukuman berat tidak dikenakan, lebih banyak video tidak sensitif dihasilkan. Disebabkan itulah, hari ini kebanyakan penyanyi dan pencipta kandungan tidak takut dengan denda," katanya.



Tambah Ayob, pada mulanya dirinya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memberikan promosi percuma kepada usahawan itu.



Namun, katanya, disebabkan video muzik itu menggusarkan orang ramai sehingga timbul perbalahan dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial, maka tindakan terpaksa diambil.



"Dari mula lagi banyak pihak meminta IRAMA membuat laporan polis, tetapi saya enggan memberikan promosi percuma.



"Namun selepas didesak penggiat industri, saya akhirnya akur. Namun, objektif saya supaya menteri dapat menggubal akta berkenaan.



"Saya tidak mahu objektif pada hari ini sia-sia, sama seperti tahun lalu. Tujuan saya datang hari ini kerana mahu video muzik seperti itu disekat dengan hukuman tinggi termasuk penjara dikenakan.



"Kami bukan menyentuh peribadi Aliff atau lagu ini kerana ia sebuah karya bagus, tetapi video muzik memang tidak bersesuaian untuk tontonan terutama generasi muda," katanya.



Gelagat Aliff bersama lima penari yang berpakaian baju Melayu ala baju renang yang ketat serta menari terkinja-kinja dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum, selain merosakkan nilai dan tradisi baju Melayu.



Bagaimanapun, usahawan kontroversi itu tidak melihat video muzik itu sebagai satu kesalahan kerana mendakwa tidak berbogel dan melakukan aksi ghairah.



Aliff berpendapat video muzik itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.



Tahun lalu, Aliff turut menimbulkan isu sama apabila video muzik lagu Kelepok Raya nyanyiannya turut mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman ramai.



Video muzik terbabit menampilkan sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut, selain wajah turut disolek.



Disebabkan itu, Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung video muzik mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERITA HARIAN MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >