PENYANYI Minang yang mempopularkan lagu Tak Tun Tuang berkata beliau telah menghasilkan lebih 10 album sejak menjadi penyanyi cilik di sekolah rendah, namun hanya setelah lagu berunsur komedi itu tular di media sosial, barulah namanya menjadi sebutan di luar tanah airnya.

Penyanyi itu, Upiak Isil atau nama sebenarnya Silvia Nanda, bersal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, dan dikenali sebagai penyanyi lagu Minang asli yang terkenal di negaranya.