Video muzik terbaru Anuar Zain tarik 280,000 tontonan dalam 3 hari
Premium
Video muzik terbaru Anuar Zain tarik 280,000 tontonan dalam 3 hari
Sep 28, 2016 | 5:30 AM
MENJIWAI LAGU: Ramai tersentuh dengan penjiwaan lagu 'Andainya Takdir' yang ditampilkan Anuar Zain dalam video muzik terbarunya yang dilancarkan Jumaat lalu. Dalam MTV kali ini Anuar membawakan watak seorang suami yang berpakaian lusuh, sesuai dengan tugasnya sebagai nelayan. - Foto THE STAR -
WALAUPUN bukan seorang pelakon, penjiwaan Anuar Zain menghidupkan lagu terbarunya, Andainya Takdir, dalam video muzik (MTV) lagu itu, cukup mendalam sehingga ramai yang tersentuh.
Video itu ternyata mendapat sambutan baik peminat kerana ia mendapat lebih 280,000 tontonan dalam tempoh tiga hari dilancarkan sejak Jumaat lalu.

