Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Video Raya 'Pat Ketupat Lepat' arahan bakat muda dapat perhatian

May 06, 2022 | 05:30 AM



AWALNYA, penyanyi muda, Nur Sarah Adriana Saiful Lizan, mengarah klip video muzik lagu Hari Raya, Pat Ketupat Lepat, secara suka-suka sahaja.



Idea yang diperolehi hasil banyak bekerjasama dengan beberapa pengarah kreatif semasa menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik Republic dalam beberapa persembahan besar.



Sarah, 21 tahun, juga pernah diberi peluang mengarah artis tempatan ketika menjalani program bekerja sambil belajar bagi projek penerbitan.



Tidak diduga klip video Pat Ketupat Lepat mendapat sambutan luar biasa daripada mereka yang menontonnya sejak ia dimuatnaik pada penghujung Ramadan.



Lagu dendangan Sarah, Danial Baharin, Mai Dhaniyah dan Amir Mansor, serta ciptaan bersama naib juara Projek Lagu, Mohamed Zulhilmi Mohamed Ya'acob dan Nurariff Mohamed, itu sudah distrim hampir 1,200 kali di Spotify.



Video klipnya yang dimuatnaikkan ke laman Facebook Berita Harian minggu lalu sudah ditonton hampir 4,000 kali.



Ketika dihubungi Berita Harian, Sarah berkata:



"Saya mengambil langkah besar bagi menambah pengalaman saya dalam bidang mengarah klip video muzik berskala kecil ini dengan bimbingan pasukan yang menjana Pat Ketupat Lepat secara bersama.



"Kami bekerjasama dan bermuafakat dalam menghasilkan cerita di sebalik klip video muzik ini. Idea datang dari setiap pihak - baik penyanyi, komposer dan anggota keluarga kami yang terdekat."



Menurut Sarah lagi, beliau pernah berlakon dalam satu sketsa ringkas Hari Raya yang disiarkan di saluran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sewaktu kecil.



Malahan, beliau pernah juga terbabit dalam iklan Hari Raya bersama keluarganya di kampung seberang Tambak.



"Apabila membuat klip video Pat Ketupat Lepat, saya menjadikan kampung halaman saya sebagai inspirasi terbesar kerana saya dapat mengubah suasana kampung di lokasi penggambaran video muzik ini menjadi lebih realistik berdasarkan pengalaman sendiri beraya di kampung hampir setiap tahun.



"Tapi memang selama dua tahun kerana Covid-19, saya rindu beraya di kampung. Rindu keluarga di negara jiran.



"Pada masa yang sama, diharapkan video ini juga dapat mengetengahkan tapak perkampungan terakhir di Singapura iaitu Kampong Buangkok. Pemilik tanah Kampong Buangkok, Aunty Mi Hong, juga amat baik dan menerima kami dengan tangan terbuka," ujar Sarah, sambil menamba video itu asalnya dimuat naik ke YouTube.



Menurut Sarah, yang juga finalis peraduan Suara 2.0 anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), seandainya diberi lebih masa, lebih banyak yang boleh diterokanya dengan kreativiti diperluas bagi klip video ini.



"Klip video ini dirakam dalam masa yang sungguh singkat di bulan Ramadan. Banyak prop dan jalan cerita video yang perlu difikirkan.



"Cabaran utama adalah mendapatkan penaja dan pembiaya bagi projek ini. Maklumlah kami semua bakat baru yang belum dikenali. Namun, setiap individu memainkan peranan. Kami dapat bekerjasama dengan baik dan padu.



"Tiada yang dapat menggantikan nilai persahabatan yang dibina. Saya raih teman-teman yang sanggup bersatu hati hanya untuk bikin muzik dan menyebar positiviti," kata Sarah, yang sering mendidik dirinya agar berkarya dengan ikhlas.



"Kepuasan datang apabila karya kami disenangi ramai, baik penonton muda atau tua. Ia bukti bahawa apabila kita ikhlas, dengan sendirinya setiap yang dilakukan akan menyentuh hati ramai," kongsinya.



Rakan finalis di Suara 2.0, Amir, 27 tahun, selaku penerbit dan penyusun semula Pat Ketupat Lepat peka dengan keperluan komposer asal lagu ini, Zulhilmi dan Nurariff.



"Ia harus mengikut citarasa mereka dan bukannya saya. Cabaran bagi saya adalah mengimbangi rentak pop terkini dengan unsur tradisi Melayu.



"Selain itu, saya juga harus pastikan setiap vokal yang dirakam disusun sebaik mungkin agar tidak ada yang terkurang atau terlebih," katanya.



Klip video muzik Pat Ketupat Lepat memang kaya humor gara-gara watak Nek B yang juga dibawakan penyanyi Danial Baharin.



"Saya sendiri naik pening sebab perlu bertukar-tukar peranan, sekejap jadi Nek B, sekejap jadi Danial. Sampai terlupa bedak sejuk pada muka si nenek belum dilap apabila saya perlu jadi diri saya semula," selorohnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >