Topik diikuti
Pergi ke BHkuVisi NYK: Muzik Asia dapat tempat di persada antarabangsa

BERCITA-CITA TINGGI: Berharap agar satu hari nanti, muzik di Asia mendapat tempat setaraf dengan muzik antarabangsa. - Foto ZAINAL YAHYA
Sep 26, 2017 | 5:30 AM
Visi NYK: Muzik Asia dapat tempat di persada antarabangsa
BELIAU mungkin baru setahun jagung dalam bidang seni. Namun, itu bukan satu penghalang bagi penyanyi muda Malaysia NYK bercita-cita tinggi dalam kerjayanya.
Pada usia semuda 24 tahun, penyanyi berbangsa Cina ini yang nama sebenarnya ialah Nicholas Ng Yong Kit, sudah memiliki visi sendiri agar muzik Asia mendapat tempat di persada antarabangsa.