Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vokalis Hujan, Noh Salleh, sudah bertunang

May 6, 2023 | 11:43 PM
Foto HARIAN METRO
Foto HARIAN METRO -

SUBANG JAYA: Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, majlis diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.

Difahamkan, wanita itu adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu. - HARIAN METRO

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg