Topic followed successfully
Go to BHkuWahyu kembara fesyen sampai ke China
Premium
Wahyu kembara fesyen sampai ke China
Impian ditebarkan dua pelakon berikut bagi menjana jenama fesyen sendiri ataupun bekerjasama dengan pereka fesyen lain sebagai langkah mendekati pengikut media sosial mereka dan mengisi masa lapang. Berbekalkan minat mendalam terhadap dunia fesyen, pelakon drama sosial, Dawn Prima Ria dan Wahyu Rahman, meneroka projek busana sempena Lebaran atau di luar musim Raya. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Jun 21, 2016 | 5:30 AM
Wahyu kembara fesyen sampai ke China

USAHAKAN BUSANA PRAKTIKAL: Wahyu Rahman bekerjasama dengan Mila Musa, pereka fesyen kacukan Taiwan dan Brazil yang berpangkalan di China bagi membawa rekaan sedia dipakai lagi tidak perlu digosok. - Foto KHALID BABA -
SAMBIL mengembara, pelakon Jeritan Sepi 3, Wahyu Rahman, mencari peluang menjalin kerjasama dengan pereka fesyen berbakat yang berpangkalan di Shanghai, China, Mila Musa.
Hasilnya, koleksi Lebaran dan juga bagi kegunaan harian bakal disajikan di Bazar LalooLalang Edisi Raya dari Jumaat hingga Ahad ini.

