Premium
Walau ditemani 2 pemuzik, HYRUL tak sabar gegar pentas
Sep 11, 2021 | 5:30 AM
TEROKA HIBURAN NORMA BARU: Hyrul Anuar tetap bersyukur dapat menjayakan persembahan hibrid 'Bulan Sabit Di Bibir' dengan diiringi dua pemuzik sahaja tanpa band dan penari seperti selalu. Baginya ia pembuka jalan bagi kegiatan seni kembali rancak dalam keadaan keselamatan dikawal. - Foto ihsan HYRUL ANUAR -
Meskipun perlu membuat persembahan hibrid, secara fizikal dengan keterbatasan jumlah penonton dan menerusi laman dalam talian Esplanade, beberapa artis setempat bersyukur dapat kembali ke pentas persembahan. BERITA HARIAN melaporkan sekitar program persembahan percubaan perintis Cipta Cita sempena Bulan Bahasa.
SETIAP kali hadiri persembahan 'live' juara Anugerah 2005, Hyrul Anuar, mata anda akan terpaku pada warna-warni pentas yang lebih meriah dengan kehadiran sekumpulan besar pemuzik dan penari.

