Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Walau duit makin 'kering' dalam Lebaran norma baru, Aznil tidak lupa hulur duit Raya buat peminat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Walau duit makin 'kering' dalam Lebaran norma baru, Aznil tidak lupa hulur duit Raya buat peminat

May 16, 2021 | 10:59 PM

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi memilih untuk beraya di rumah seiring dengan situasi semasa pandemik COVID-19.

Meraikan Syawal di ibu kota bersama tiga cahaya mata tersayang, sambil mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bekas pengacara program Akademi Fantasia itu hanya menempah tiga pasang baju Melayu sahaja.

"Kebiasaan baju raya ditempah untuk keperluan menghadiri majlis rumah terbuka atau program televisyen (TV). Pada pagi Raya, saya akan menggayakan baju Melayu berwarna kelabu sedondon dengan anak.

"Disebabkan tidak boleh keluar beraya, saya manfaatkan masa bersama anak di rumah. Sambil itu, saya boleh maraton menonton program Raya di kaca TV.

"Persiapan Raya hanya ala-kadar. Lagipun adik beradik, anak saudara dan cucu saudara beraya berasingan. Jadi, kami manfaatkan sahaja teknologi panggilan video atau aplikasi Zoom," katanya kepada laman BH Online.

Pelakon drama Pertama Ramadan Edi itu berkata, beliau juga meneruskan tradisi membuat lintas langsung di platform seperti Instagram dan Facebook sambil mengagihkan duit raya kepada peminat bertuah.

"Selepas selesai bermaafan dengan anak di pagi Raya, saya membuat lintas langsung dengan peminat dan pengikut media sosial.

"Memang sudah menjadi rutin saya berbuat demikian dan menghulurkan duit Raya. Sekarang transaksi pengeluaran wang hanya di hujung jari. Lagi pun, kita tidak digalakkan melakukan sentuhan atau berdepan secara fizikal," katanya.

Pemenang trofi 10 kali bagi kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH itu berkata, sambutan Aidilfitri sejak pandemik melanda dunia mengubah dimensi erti sebuah kemenangan.

"Betul, Raya kita tidak sama lagi. Kita pun tidak tahu sampai bila akan terus melalui meraikan Syawal dalam situasi norma baru. Tetapi, itulah tanggungjawab terletak kepada kerjasama rakyat dan kerajaan. Jika boleh bersama membendung kes jangkitan hingga menurun tahap satu angka, mungkin Syawal juga akan berbeza.

"Namun, kes semakin hari semakin memuncak dan ada antara kita seperti tidak selesa mengikut arahan kerajaan. Isu keselamatan pula bertembung dengan tekanan ekonomi menjadi satu persimpangan yang sukar buat kita.

"Harap pengorbanan kita beraya dalam suasana PKP 3.0 ini berbaloi," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan seni, Aznil mengakui, banyak projek terpaksa dibatal dan ditunda selepas Raya.

"Duit pun makin kering. Pengumuman PKP 3.0 menyebabkan pelbagai kesan termasuk industri seni. Insan seni seperti kami manalah ada makna jika bekerja dari rumah.

"Dan masalahnya, kami bekerja dalam kumpulan yang besar. Minimum 15 kru bekerja sukar untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP). Barangkali boleh diusahakan, tetapi amat sukar," katanya. - BH Online

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3