Wang saku mereka mungkin tak sebanyak mana dengan isu kos perbelanjaan berlegar di minda mereka.

Namun, semangat golongan Gen Z – mereka yang lahir antara 1997 dengan 2012 – untuk mengembara melihat dunia tidak goyah, dengan ada yang sanggup bekerja sambilan untuk mengumpul wang.