Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau terpisah dalam pandemik, niaga kerepek kentang berkembang

Cef S'pura Haikal Ismail, penyanyi M'sia Aiman Tino hadiahkan peminat dengan snek bersalut coklat
Oct 26, 2020 | 05:30 AM



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan Pemulihan yang dikenakan di negeri-negeri seberang Tambak menyusuli bilangan kes Covid-19 yang meningkat pada paras tinggi meresahkan mereka. Apa tidaknya? Ada urus niaga yang perlu dikendalikan cef selebriti Singapura, Haikal Ismail, di Malaysia bersama rakan niaganya, penyanyi Aiman Tino. Penyanyi rok Malaysia era 1980-an, Emma Rockers, yang berumah tangga dengan warga Singapura juga mendapati beberapa urus niaga di negara ini tertangguh. Namun, di sebalik sekatan kembara, kedua-duanya tetap mengusahakan idea niaga baru. BERITA HARIAN melaporkan.



TITISAN air mata gembira membasahi pipi cef selebriti Singapura, Cef Haikal Ismail, setiap kali mengingati jerih payahnya bersama penyanyi Malaysia, Aiman Tino, membangunkan perniagaan kerepek kentang telur asin dengan jaya.



Pada awal tahun ini, produk itu dibawa ke Dewan Singapore Expo dengan sambutan pelanggan yang datang menderu-deru di luar jangkaan.



Pada Jun lalu, dua sahabat karib ini merancang mengadakan pelancaran produk di Kuala Lumpur.



Namun apakan daya, segala yang dirancang tidak menjadi dek penularan wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat kembara Cef Haikal, 27 tahun, ke Malaysia.



Aiman, 22 tahun, yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci juga tidak dapat berkunjung ke Singapura bagi membincangkan secara terperinci pelan niaga mereka.



Sungguhpun begitu, idea dua anak muda ini tetap bergerak lancar dan tidak terhenti dalam keadaan pandemik Covid-19 belum reda sepenuhnya.



Apabila Cef Haikal menghubungi Berita Harian dengan suara cerianya baru-baru ini, ternyata krisis kesihatan dunia ini membawa hikmah buatnya dan Aiman agar fokus merancang produk baru yang dijangka menepati cita rasa ramai.



Hari ini, dengan hampir genapnya setahun mereka bekerjasama, kerepek kentang bersalut coklat gelap, coklat putih dan coklat strawberi pula dilancar.



Ikuti wawancara bersama Cef Haikal dan Aiman.



Soalan (S): Sepanjang setahun Haikal dan Aiman menjalankan perniagaan bersama, apa yang dipelajari?



Haikal (H): Daripada aspek perniagaan, semestinya saya pelajari tentang proses menjana idea dan sikap saling menghormati keputusan satu sama lain.



Rasanya, idea dua orang jauh lebih baik daripada idea diri saya sahaja. Kadangkala, idea yang tidak diduga daripada Aiman dan rakan-rakan lain muncul, memberi semangat buat saya.



Aiman (A): Banyak yang saya pelajari tentang bisnes jarak jauh melalui kerjasama dengan Cef Haikal.



Saya juga belajar cara menyiapkan kerepek kentang telur asin dengan lebih baik lagi.



Ilmu baru ini menepati matlamat saya ingin menebar sayap niaga ke luar Malaysia. Nak cari rakan niaga yang boleh dipercayai payah.



Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan Cef Haikal. Kami bersahabat selama empat tahun dan selama setahun menjadi rakan niaga yang saling memberi galakan.



S: Apabila tidak dapat ke Malaysia dan Aiman juga tidak dapat datang ke sini, bagaimana perniagaan anda diteruskan?



H: Kami sering mencari masa untuk berbincang menerusi panggilan video WhatsApp atau Facetime. Kadangkala berbual sampai nak dekat subuh.



Alhamdulillah, peminat Aiman dan pengikut saya memberi sokongan tanpa henti pada usaha niaga kami.



S: Dari mana timbulnya idea menghasilkan kerepek kentang bersalut tiga jenis coklat ini?



H: Kami memang ada rancangan memperluas produk kami. Dengan keadaan pandemik Covid-19 kini, banyak perkara yang perlu ditangguh terlebih dahulu.



Namun, kami terfikir memandangkan perniagaan kami masuk setahun, kami perlu hasilkan sesuatu yang istimewa buat pelanggan. Ia ibarat cendera hati sempena ulang tahun pertama kami.



Kerepek kentang bersalut coklat ini adalah edisi terhad. Ia sesuai buat cita rasa pelanggan tanpa mengira usia. Ramai pastinya suka campuran rasa manis dan masin kerepek kentang ini.



S: Jika diimbas semula, apakah antara cabaran meniaga yang anda berdua lalui?



H: Saya berdepan dengan cabaran masa berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur.



Kerana Aiman dikenali, saya sendiri menjadi tumpuan peminatnya yang ingin bergambar sama.



Saya masih ingat betapa sukarnya pengalaman mencari alat ketuhar di Kuala Lumpur dan bahan-bahan yang hanya ada di Singapura.



Sehari suntuk memandu ke sana sini, barangan tetap tak jumpa. Kami sampaikan tertidur dalam kereta di tempat meletak kereta pasar raya kerana terlalu penat!



Pernah juga dalam perjalanan memandu ke Singapura, Aiman dilanda kemalangan di Ekspreswe sekitar daerah Yong Peng. Keretanya terpaksa ditarik bagi kerja pembaikan.



Saya dan beberapa teman terpaksa bergegas ke seberang Tambak bagi mengambilnya segera. Sebabnya, ada acara bersama peminat di Singapura.



Awal tahun ini, datuk saya meninggal awal subuh. Malamnya, saya perlu ambil Aiman di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.



Kehilangan datuk membawa impak besar dalam hidup saya tetapi saya terpaksa kuatkan semangat meneruskan bisnes saya dengan senyuman. Allah sahaja tahu perasaan saya.



Saya berharap perniagaan kami akan menembusi pasaran Indonesia juga. Saya juga ingin buka kedai kek di Kuala Lumpur.



Kerepek kentang telur asin kami juga pernah dibawa pelanggan ke Bandung, Indonesia; Hong Kong dan Paris di Perancis.



Satu kesyukuran apabila saya akhirnya dapat meyakinkan ayah saya bahawa tugas sebagai cef ini berbaloi.



Kalau dulu ayah sangsikan keupayaan seorang lelaki di dapur, kini beliau pula macam pegawai kawalan mutu produk saya!



A: Cabarannya adalah memastikan produk kami lebih sedap dan pemasaran dibuat secara unik memandangkan ada juga produk hampir serupa di pasaran.



S: Apakah perkembangan Aiman kini?



A: Tugas dalam dunia hiburan agak perlahan kini kerana Covid-19. Cuma Alhamdulillah, saya ada rezeki berlakon. Saya bawa watak cucu Mak Cun (Erma Fatima) dan selesa berada dalam set yang 'happening'. Mak Cun sendiri kaya dengan nasihat lakonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >