Premium
Wali Band bawa 'mood' konsert Indo ke S'pura
Feb 28, 2023 | 5:30 AM
SERONOK BERDENDANG: Vokalis kumpulan Wali Band, Faank (kiri) yang ditemani penganjur konsert dan penghibur Singapura, Sufi Rashid (kanan), berinteraksi dengan penonton yang bergambar spontan dalam konsert, Cari Jodoh, pada Sabtu. - Foto BH oleh KHALID BABA -
TERASA bagai terbang ke bumi Indonesia dan dibuai dengan lagu-lagu rakyat, kerohanian dan pengharapan cinta apabila menghadiri konsert Wali Band di Star Theatre pada Sabtu.
Selain sebilangan penonton dari Indonesia yang turut hadir (sama ada menetap atau bekerja di sini mahupun terbang dari Indonesia) bagi memeriahkan konsert yang dibawa oleh Sah Enterprise, terdapat juga peminat tegar setempat yang meminati kumpulan yang berasal dari Ciputat, Tangerang Selatan ini.

